HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Enam personaliti berbeza, satu semangat yang sama. Berprestasi tinggi tanpa kompromi. Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini yang berani bergerak pantas, fokus dan berwawasan.
Bagaimana aktiviti kecergasan yang anda ceburi membentuk disiplin dan cara anda melihat kejayaan dalam hidup dan kerjaya?
Dalam kerjaya saya, penampilan fizikal yang kemas dan figura yang presentable merupakan satu keperluan. Untuk memiliki tubuh badan yang ideal, tiada jalan pintas. Ia menuntut usaha berterusan melalui rutin senaman dan penjagaan pemakanan yang konsisten. Semua ini memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Saya percaya, tanpa persediaan untuk berubah dan berusaha, mustahil untuk kita mencapai apa yang diinginkan. Sukan dan kecergasan mengajar saya bahawa kejayaan, sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan, sentiasa bermula dengan disiplin terhadap diri sendiri.
Siapakah individu yang paling mempengaruhi perjalanan aktiviti kecergasan anda, sama ada secara langsung atau tidak langsung?
Terdapat ramai individu yang memberi inspirasi, namun antara figura yang paling memberi kesan kepada saya ialah Cristiano Ronaldo. Menolak tepi pencapaiannya dalam arena bola sepak, apa yang benar-benar mengagumkan adalah disiplin dirinya yang luar biasa. Pada usia di mana kebanyakan orang mula memperlahankan rentak, dia masih mampu mengekalkan prestasi setanding atlet muda. Ini membuktikan bahawa konsistensi, disiplin dan komitmen mampu mengatasi faktor usia.
Sebagai individu yang berpengaruh dalam bidang masing-masing, apakah sebab anda menjadikan kecergasan sebagai terapi mental atau gaya hidup?
Pada awalnya, sukan dan kecergasan bukanlah sesuatu yang saya minati. Saya juga pernah menjalani gaya hidup biasa tanpa memberi penekanan kepada aspek kecergasan. Namun saya sedar bahawa untuk memiliki tubuh yang sihat dan presentable, kecergasan adalah satu keperluan. Walaupun aktiviti ini memenatkan dan kadangkala menyakitkan, hasilnya sangat berbaloi. Dari situlah ia perlahan-lahan bertukar menjadi satu passion. Minat itu hadir selepas saya benar-benar merasai manfaat fizikal dan mental daripada usaha yang saya lakukan.
Apakah perubahan paling ketara dalam diri anda sejak menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada gaya hidup?
Perubahan paling ketara adalah dari segi emosi dan ketenangan diri. Dahulu, saya mudah marah dan cepat hilang sabar. Melalui kecergasan, saya menjadi lebih tenang, relaks dan stabil secara mental. Walaupun fizikal saya mungkin tidak seperti zaman muda dahulu, kekuatan dalaman saya jauh lebih kukuh. Stamina juga semakin baik. Saya mampu bekerja lebih lama dan mengekalkan tenaga dalam tempoh yang panjang. Bagi saya, kekuatan dalaman itu jauh lebih bernilai berbanding penampilan semata-mata.
Apakah nasihat paling jujur yang anda boleh kongsikan kepada generasi muda yang ingin menjadikan sukan sebagai gaya hidup?
Satu perkara yang perlu diingat. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita selain diri sendiri. Jika mahu berubah, kita perlu bertindak. Untuk menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup, komitmen dan disiplin yang tinggi amat diperlukan sehingga ia menjadi rutin harian. Apabila disiplin itu terbentuk, sukan tidak lagi terasa sebagai paksaan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti dan kehidupan kita.
Artikel berkaitan: PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIGH PERFORMANCE 2026: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
EDDY SYAMIN, “TAHUN 2026 ADALAH TENTANG FOKUS DAN PERTUMBUHAN.”
Kali terakhir GLAM Lelaki bertemu Eddy Syamin adalah sewaktu dia menghiasi cover ALPHAMEN sempena ulang tahun ke-15. Kini, Eddy Syamin lebih matang dan punya misi lebih besar.











