Skip to content

GL PLAYLIST: DENGAR SEMULA LAGU-LAGU BIGBANG DI COACHELLA 2026

GL PLAYLIST: DENGAR SEMULA LAGU-LAGU BIGBANG DI COACHELLA 2026

Kongsikan artikel ini

Selepas enam tahun, BIGBANG akhirnya ke Coachella 2026 sebagai salah satu persembahan yang menggegarkan acara muzik terbesar di dunia itu. 

Coachella 2026 sememangkan memberi aura nostalgik buat peminat-peminat muzik, lebih-lebih lagi K-Pop. Selepas persembahan mereka dibatalkan pada tahun 2020 kerana Covid-19, BIGBANG kembali pada tahun ini dengan setlist yang menggegarkan dunia muzik. Walaupun kini bertiga, persembahan mereka di Coachella 2026 telah membuktikan pengaruh BIGBANG dalam dunia muzik. Walaupun sudah hampir 10 tahun tanpa pelancaran album baharu, BIGBANG masih kekal relevan sebagai ‘King Of K-Pop’ dengan jumlah penonton yang hadir malam itu. Antara lagu lama ikonik mereka yang dipersembahkan adalah Lies, Haru Haru, A Fool’s Of Tears, Bad Boy dan Fantastic Baby.

Lagu terkenal mereka, Bang Bang Bang turut berkumandang ketika intro persembahan mereka. Duo ikonik, G-Dragon dan Taeyang turut mempersembahkan lagu hit mereka, Good Boy. Daesung bawakan dua lagu solonya yang menjadi bualan ramai, kerana genre trotnya. Walaupun ramai mengharapkan kehadiran T.O.P, suaranya tetap bergema di persembahan penutup mereka, Still Life. Ramai yang terharu dengan persembahan ini kerana perasaan rindu terhadap bekas ahli BIGBANG itu. T.O.P juga baru melancarkan album solonya, TOP SPOT – ANOTHER DIMENSION pada 3 April yang lalu.

BIGBANG turut dikatakan bakal mengadakan konsert jelajah dunia, sempena ulang tahun ke-20 mereka tahun ini. Berdasarkan hint yang sering diberikan oleh ketua mereka, G-Dragon, Malaysia mungkin menjadi salah satu hentian konsert mereka. Let’s get our money ready! Oleh kerana persembahan BIGBANG pada minggu pertama Coachella 2026 memberikan perasaan, nostalgia, GLAM Lelaki senaraikan 17 lagu yang dipersembahkan, dan boleh didengar semula sebagai tanda throwback.

#1 Bang Bang Bang

#2 Fantastic Baby

#3 Sober

#4 A Fool Of Tears

#5 Loser

#6 Haru Haru

#7 Lies

#8 Tonight

#9 Ringa Linga (Taeyang)

#10 Power (G-DRAGON)

#11 Good Boy (G-DRAGON & Taeyang)

#12 Hando Chogua (Daesung)

#13 Look At Me Gwisoon (Daesung)

#14 Home Sweet Home

#15 Bad Boy

#16 We Like 2 Party

#17 Still Life

Ahli BLACKPINK, Lisa dan Rosé turut berada di bahagian penonton, memberi semangat kepada senior mereka. Reaksi positif daripada peminat apabila melihat interaksi mereka.  Setiap satu dendangan lagu BIGBANG dinyanyikan bersama VIPs, peminat yang telah menantikan persembahan ini selama bertahun-tahun. Lebih 80,000 penonton yang hadir ke set BIGBANG ketika Coachella 2026, membuktikan impak mereka sebagai nama yang membuka K-Pop ke dunia luar. They paved the way!

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: DENGAR 12 LAGU INI SEMPENA KONSERT AKAN DATANG DI MALAYSIA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Bacaan Lanjut
PENANTIAN PEMINAT BIGBANG KINI BERAKHIR

PENANTIAN PEMINAT BIGBANG KINI BERAKHIR

Bacaan Lanjut
T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

SISI GELAP KEHIDUPAN T.O.P BIGBANG

Bacaan Lanjut
PENANTIAN PEMINAT BIGBANG KINI BERAKHIR

BIGBANG KEMBALI GEGARKAN INDUSTRI K-POP SELEPAS EMPAT TAHUN

Bacaan Lanjut