Skip to content

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Kongsikan artikel ini

Pengarah Kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah Seni Kanan: KHAIRANI RAMLI, Pereka Seni Grafik: HILMAN HISHAM, Pembantu Editorial: BATRISYIA FAISAL, Pelatih: AKMAL MIRZA Dandanan: CKAY LIOW Grooming: KHIR KHALID, Gambar: CHUAN LOOI Teks & temu bual: JOHAN KASSIM

Ikmal Amry menghiasi cover digital GLAM Lelaki bulan Mei 2026. Menyingkap pertumbuhan diri Ikmal yang semakin progresif dan serius dalam mengatur perjalanan kerjaya seninya, di samping konsisten menjalani tanggungjawab keluarga.

Tahun 2026 nampaknya jadi antara tahun paling besar dan progresif dalam karier Ikmal. Apa perubahan terbesar yang Ikmal nampak dalam diri sendiri sejak mula dikenali ramai?

Saya rasa perubahan terbesar dalam diri saya sekarang ialah saya jadi lebih matang, especially cara saya melihat kehidupan dan buat keputusan. Kalau dulu saya lebih fokus nak kejar banyak benda dalam satu masa, sekarang saya lebih faham tentang tanggungjawab, keluarga, dan pentingnya menghargai setiap proses yang dilalui. Saya belajar yang bukan semua benda perlu cepat, kadang-kadang pertumbuhan tu datang perlahan tapi lebih bermakna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Ramai peminat suka tengok disiplin fitness dan gaya hidup sihat Ikmal. Macam mana Ikmal kekalkan motivasi walaupun jadual kerja dan pengurusan keluarga sangat padat?

Sekarang saya tak terlalu bergantung pada motivasi semata-mata, tapi lebih kepada disiplin dan konsistensi. Bagi saya, motivasi tu memang akan turun naik, tapi disiplin yang buat kita terus bergerak walaupun penat atau sibuk. Workout dah jadi sebahagian daripada gaya hidup saya sebab ia membantu saya kekal sihat, fokus, dan ada tenaga untuk kerja serta keluarga. Selain fizikal, ia juga banyak bantu dari segi mental dan emosi.

Penglibatan dalam filem Tarung:Unforgiven dan filem akan datang The Furious bakal beri impak besar kepada penonton. Apa cabaran paling sukar ketika membawa watak dalam kedua filem tersebut?

Cabaran terbesar memang dari segi emosi dan fizikal. Watak dalam Tarung dan The Furious perlukan intensiti yang tinggi, jadi saya memang kena push diri keluar daripada zon selesa. Dari latihan fizikal, persediaan mental, sampai nak betul-betul faham emosi watak, semuanya perlukan komitmen yang besar. Tapi bagi saya, cabaran macam ni yang banyak bantu saya berkembang sebagai pelakon dan juga sebagai individu.

Ikmal boleh dilabel sebagai simbol “modern masculinity”. Pada pendapat Ikmal sendiri, apa maksud lelaki moden hari ini, lebih lagi bergelar seorang bapa?

Pada saya, lelaki moden bukan sekadar nampak kuat secara fizikal, tapi lebih kepada bagaimana dia membawa diri dan memikul tanggungjawab. Seorang lelaki yang baik ialah seseorang yang hormat orang lain, tahu menjaga keluarga, dan sentiasa hadir ketika orang tersayang perlukan dia. Kekuatan sebenar bukan hanya pada luaran, tapi juga pada cara dia mengawal emosi dan jadi individu yang boleh dipercayai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Pengalaman menyertai pelbagai acara HYROX di beberapa negara? Apa antara momen paling best dan cabaran terbesar sepanjang menyertai pertandingan tersebut?

HYROX memang banyak ajar saya tentang kekuatan mental, disiplin, dan ketahanan diri. Setiap latihan dan cabaran buat saya sedar yang badan kita sebenarnya mampu pergi lebih jauh daripada apa yang kita fikir. Bestnya sebab saya dapat cabar diri sendiri dan jumpa ramai orang yang sangat menginspirasikan dengan perjalanan masing-masing. Tapi tak bestnya, recovery memang sakit hahaha, terutamanya selepas intense training. Tapi dari situ juga saya belajar tentang konsisten dan kepentingan pemulihan. 

Fokus Ikmal tahun ini?

Fokus saya tahun ni adalah untuk terus berkembang dalam semua aspek kehidupan. Dari segi kerjaya, saya nak terus cabar diri dengan projek-projek yang lebih berkualiti dan beri impak. Dari segi diri sendiri pula, saya nak jadi versi yang lebih baik setiap hari, sama ada dari segi mindset, kesihatan, ataupun emosi. Dalam masa yang sama, saya juga nak jadi suami dan ayah yang lebih baik sebab bagi saya, keluarga tetap keutamaan utama.

Chemistry dan brotherhood antara Ikmal, Aedy Ashraf dan the Challo Boys sering jadi perhatian. Apa yang paling banyak Ikmal belajar daripada hubungan persahabatan itu, baik sebagai lelaki mahupun sebagai anak seni?

Saya belajar yang sistem sokongan dan kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Bila kita dikelilingi orang yang sentiasa menyokong dan ikhlas dengan kita, itu banyak membantu kita untuk terus grounded walau dalam apa keadaan sekalipun. Brotherhood bagi saya bukan sekadar kawan untuk happy moments je, tapi juga orang yang ada waktu susah, yang boleh tegur kita bila perlu dan sentiasa push kita jadi lebih baik.

“KEMAJUAN MENGATASI KESEMPURNAAN”. Apa yang Ikmal boleh kait dengan tema isu bulan ini?

Saya memang sangat relate dengan tema ni sebab saya percaya progres lebih penting daripada kesempurnaan. Kadang-kadang orang terlalu fokus nak jadi sempurna sampai takut nak mula atau takut buat silap. Bagi saya, yang penting ialah kita terus bergerak ke depan walaupun perlahan. Setiap small progress tu tetap progress, dan semua pengalaman, termasuk kegagalan, sebenarnya banyak mengajar kita untuk jadi lebih baik.

Sekarang Ikmal bakal menimang cahaya mata ketiga. Adakah menjadi seorang ayah mengubah perspektif Ikmal terhadap kehidupan dan kerjaya?

Menjadi seorang ayah memang banyak mengubah perspektif hidup saya.  Setelah memiliki anak, setiap keputusan yang dibuat bukan lagi tentang diri sendiri semata-mata. Saya jadi lebih fikir tentang masa depan, tanggungjawab, dan macam mana nak jadi contoh yang baik untuk keluarga. Ia juga buat saya lebih menghargai masa dan lebih faham erti pengorbanan serta kasih sayang.

Selain lakonan romantik dan drama, Ikmal juga mula menyerlah dalam genre aksi. Ada watak impian atau projek besar yang Ikmal teringin sangat nak buat selepas ini?

Saya memang nak explore lebih banyak genre aksi dan watak yang lebih berat dari segi emosi dan karakter. Saya suka cabar diri dengan sesuatu yang berbeza sebab dari situ saya boleh belajar dan berkembang sebagai pelakon. Kalau ada peluang, saya juga teringin terlibat dalam projek bertaraf antarabangsa untuk menimba lebih banyak pengalaman dan bawa diri keluar daripada zon selesa industri tempatan.

Akhir sekali, apa mesej Ikmal kepada lelaki-lelaki di luar sana yang sedang berusaha membina nama dan impian mereka sendiri?

Pesanan saya, jangan takut untuk bermula kecil sebab semua orang bermula dari bawah. Fokus pada progress, percaya pada proses, dan terus konsisten dengan apa yang kita buat. Jangan terlalu bandingkan perjalanan hidup kita dengan orang lain sebab rezeki dan masa setiap orang berbeza. Yang penting, jangan pernah berhenti berusaha dan sentiasa percaya pada diri sendiri.

Artikel berkaitan: ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPURA, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK

7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut