Skip to content

DAIYAN TRISHA BINTANGI DRAMA ANOM SURAYA ADAPTASI NOVEL KARYA IBUNYA

Kongsikan artikel ini

Drama Anom Suraya bakal mencuri perhatian penonton drama tempatan tidak lama lagi. Julai ini, Daiyan Trisha akan muncul dalam drama Anom Suraya bersama dua hero hangat iaitu Idris Khan dan Yusuf Bahrin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🦋 (@daiyantrisha)

Drama Anom Suraya semakin mencuri perhatian apabila bukan sahaja menampilkan Daiyan Trisha sebagai watak utama, malah turut dibintangi oleh dua pelakon popular, Idris Khan dan Yusuf Bahrin. Gandingan mereka dijangka menambah kekuatan kepada jalan cerita adaptasi novel yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1992 dan kini diangkat ke layar televisyen.

Lebih istimewa, Anom Suraya merupakan adaptasi daripada novel karya ibu (Samsiah Mohd.) kepada Daiyan Trisha sendiri. Selepas lebih tiga dekad sejak diterbitkan, karya tersebut kini diberi nafas baharu di bawah arahan pengarah, Osman Ali. Bagi Daiyan, peluang membawakan watak yang dicipta oleh ibunya adalah satu pengalaman yang cukup bermakna dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Anom Suraya ialah sebuah novel karya Samsiah Mohd. Nor yang diterbitkan pada tahun 1992. Ceritanya berpusat kepada watak Anom Suraya yang terperangkap dalam konflik emosi antara cinta, tanggungjawab dan simpati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🦋 (@daiyantrisha)

Idris Khan & Yusuf Bahrin

Kehadiran Idris Khan dan Yusuf Bahrin sebagai antara teraju utama turut meningkatkan keterujaan peminat drama tempatan. Kedua-dua pelakon itu dikenali dengan kemampuan mereka membawakan pelbagai karakter yang meninggalkan kesan kepada penonton. Gandingan mereka bersama Daiyan Trisha dijangka mewujudkan keserasian yang mampu menghidupkan lagi konflik, emosi dan perjalanan kisah dalam Anom Suraya.

Drama ini bukan sekadar mengangkat sebuah karya sastera lama ke medium televisyen, malah membawa kisah yang mempunyai hubungan peribadi yang mendalam buat pelakon utamanya. Jika Daiyan dilahirkan daripada rahim ibunya, watak Anom Suraya pula lahir daripada minda dan imaginasi wanita yang sama. Kini, kedua-duanya bertemu dalam sebuah karya yang menghubungkan dunia penulisan dan lakonan dengan cara yang cukup istimewa. We can’t wait!

Artikel berkaitan: NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: YUSUF BAHRIN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

Bacaan Lanjut

KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Bacaan Lanjut
kamal adli uqasha

KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI

Bacaan Lanjut
zizi kirana

7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN

Bacaan Lanjut
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut