Skip to content

5 BAPA YANG BUKAN SELEBRITI TETAPI DIKENALI DAN MENJADI PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Di Malaysia, terdapat ramai individu yang dikenali ramai walaupun mereka bukan selebriti dalam bidang hiburan. Populariti mereka hadir melalui pencapaian, pengaruh di media sosial, atau kisah kehidupan peribadi yang menjadi perhatian masyarakat. Walaupun bukan dikalangan selebriti, namun senarai bapa ini ternyata dikenali dan kisah mereka menjadi perhatian. 

Akhyar Rashid

Antara yang sering menjadi perhatian ialah Akhyar Rashid. Pemain bola sepak ini dikenali kerana bakatnya di atas padang serta komitmennya terhadap kerjaya sukan. Walaupun bukan pelakon atau penyanyi, namanya cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak. Tambah lagi, Akhyar berkongsi kehidupan peribadi bersama pelakon, Eyka Farhana. Dan pasangan ini baru sahaja dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Luay Khayr pada Mei 2026.

Akhyar Rashid

Akhyar Rashid & Eyka Farhana

Aidil Zafuan

Selain itu, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga merupakan figura yang dikenali ramai. Bekas tunggak pertahanan Harimau Malaya ini mempunyai ramai peminat dan sering menjadi perhatian media kerana perjalanan kerjaya serta kehidupan keluarganya. Pernah membina rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini, kini memilih untuk menjalani perkahwinan bersama seorang isteri bernama, Zarema Zainal.  Pastinya pasangan ini telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar suami isteri namun kedua-duanya dilihat tampil ‘low profile’ dan bahagia dengan cara tersendiri.

Aidil Zafuan

Aslam Mazlan

aslam mazlan

Seterusnya, Aslam Mazlan merupakan individu yang mendapat perhatian ramai menerusi media sosial dan pelbagai laporan portal hiburan. Namanya menjadi sebutan masyarakat dan sering menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen. Kisah rumah tangga Aslam bersama dua isterinya selalu menjadi perhatian. Namun, bapa muda ini banyak diminati oleh peminat-peminat muda oleh kerana ketampanan wajahnya.

Dr. Che Hafiz

Dr. Che Hafiz

Seorang lagi individu yang dikenali ramai ialah Dr. Che Hafiz. Walaupun bukan seorang selebriti, dia sering mendapat perhatian masyarakat menerusi kehidupan peribadi dan kerjayanya sebagai seorang profesional. Peranannya sebagai seorang bapa serta komitmennya terhadap keluarga menjadikan dia antara individu yang sering menjadi perhatian umum. Bekas isteri dan isteri yang sekarang merupakan seorang selebriti. Dan mungkin kerana itu, namanya cukup popular dan tidak terlepas dari perhatian orang.

Hanif Zaki

Hanif Zaki, ahli perniagaan dan suami kepada pelakon Anzalna Nasir, turut dikenali ramai walaupun bukan seorang selebriti. Dia sering muncul dalam perkongsian keluarga di media sosial dan mendapat perhatian kerana sifat penyayang serta hubungan rapatnya dengan anak-anak. Ramai pengikut mengagumi peranannya sebagai suami dan bapa yang disifatkan cool dad. Populariti yang diraihnya ternyata memberi impak positif apabila perniagaannya menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Anzalna Nasir

Populariti tidak hanya dimiliki oleh artis dan selebriti hiburan. Ramai bapa yang terkenal dalam bidang sukan, perniagaan, media sosial dan kehidupan awam turut mendapat tempat di hati masyarakat kerana pencapaian, pengaruh serta nilai kekeluargaan yang mereka tunjukkan.

Artikel berkaitan: HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA

5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA

Bacaan Lanjut
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

Bacaan Lanjut
5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG

5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG 21 JUN INI

Bacaan Lanjut

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut

GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI

Bacaan Lanjut