VOCO KUCHING RASMI DIBUKA, HOTEL PERTAMA VOCO DI MALAYSIA
Landskap hospitaliti di Sarawak kini ke era baharu dengan pembukaan voco Kuching, hotel pertama di bawah jenama voco hotels di Malaysia.
Di bawah naungan IHG Hotels & Resorts, voco Kuching kini dibuka. Jenama premium yang sedang berkembang pesat ini kini membuka pintunya kepada tetamu pertama. Mereka sekali gus memperkukuh lagi industri pelancongan dan hospitaliti di Sarawak.

Terletak di bandaraya bersejarah Kuching, atau lebih dikenali sebagai City of Cats, hotel ini membawa identiti unik yang selari dengan semangat santai dan mesra rakyat Sarawak. Setiap hotel di bawah jenama voco terkenal dengan karakter tersendiri yang menawarkan pengalaman berbeza kepada setiap pengunjung. Namun, masih mengekalkan standard global yang konsisten.
321 Bilik Ditawarkan Sebagai Pilihan Penginapan
Dimiliki oleh Elica Equity Sdn. Bhd. dan diuruskan oleh IHG Hotels & Resorts, voco Kuching menawarkan 321 bilik dengan pelbagai pilihan penginapan. Ia termasuk bilik standard, bilik premium beranda, suite, dan penthouse suite. Lokasinya yang strategik, hanya beberapa minit dari Kuching International Airport, menjadikannya pilihan ideal buat pelancong perniagaan mahupun percutian.

Menurut Magdalina Chung, Pengurus Besar voco Kuching, pembukaan hotel ini bukan sekadar menawarkan tempat penginapan, tetapi bertujuan mewujudkan ruang untuk pengunjung dan komuniti tempatan berhubung. Selain itu, berkongsi pengalaman serta mencipta memori bermakna. Dia turut menegaskan bahawa pembukaan ini adalah hasil usaha kolektif ratusan individu yang bertungkus-lumus merealisasikan hotel voco pertama di Malaysia.
Restoran LUMA & Kafe AMPM Antara Sorotan Utama
Dari segi gastronomi, voco Kuching menampilkan LUMA, restoran utama hotel yang menggabungkan cita rasa tempatan dengan pengaruh global. Selain itu, tetamu juga boleh bersantai di AMPM, kafe dan bar yang beroperasi dari siang hingga malam, direka sebagai ruang sosial untuk penduduk tempatan dan pelawat.
Bagi segmen acara dan perniagaan, voco Kuching menawarkan lebih daripada 2,400 meter persegi ruang acara. Ini termasuk Rainforest Ballroom, salah satu ballroom hotel terbesar di Kuching yang mampu menampung sehingga 1,350 tetamu. Kemudahan ini dijangka menjadikan hotel tersebut sebagai destinasi utama bagi acara korporat, persidangan, majlis perkahwinan, dan pelbagai sambutan berskala besar.

Selari dengan komitmen jenama voco terhadap kelestarian melalui mantra “step by step”, hotel ini turut menerapkan pelbagai inisiatif mesra alam. Antaranya termasuk sistem air minuman bertapis dan kemudahan mandian premium organik daripada Apotheke. Selain itu, teknologi cekap tenaga, serta penggunaan bantal dan duvet yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Langkah ini mencerminkan usaha hotel untuk mengimbangi kemewahan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Menjadi Satu Sokongan Buat Sarawak Sebagai Hab Pelancongan
Pembukaan voco Kuching turut memperkukuh kehadiran IHG Hotels & Resorts di Malaysia. Ia turut menyokong aspirasi Sarawak sebagai hab pelancongan, acara perniagaan dan keterhubungan serantau yang semakin berkembang. Hotel ini dijangka memainkan peranan penting dalam merancakkan lagi sektor pelancongan dan konvensyen di Kuching dengan menawarkan pengalaman hospitaliti premium yang menggabungkan piawaian antarabangsa dan pesona tempatan.

Majlis Grand Opening rasmi hotel ini dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini, menghimpunkan pemimpin kerajaan, pemain industri pelancongan, rakan strategik serta komuniti setempat bagi meraikan ketibaan hotel voco pertama di Malaysia.
Direka untuk tampil berbeza daripada yang lain, voco merupakan jenama premium paling pantas berkembang di bawah IHG Hotels & Resorts. Berteraskan tiga elemen utama. Come on in, Me time, dan voco life. Jenama ini menjanjikan pengalaman penginapan yang santai, penuh keselesaan dan sentiasa meninggalkan impresi istimewa buat setiap tetamu.
Pautan berkaitan: RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA
Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Renaissance Hotel & Convention Centre yang merupakan sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy kini dibuka semula di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA
GLAM Lelaki berpeluang untuk menginap di Marina Bay Sands, hotel ikonik Singapura yang sedang menjalani proses renovasi berjumlah US$1 billion keseluruhan.
5 SEBAB ANDA PERLU RAI AKHIR TAHUN DI THE CHOW KIT HOTEL
Dalam meraikan perayaan akhir tahun, The Chow Kit – An Ormond Hotel akan menampilkan seleksi kulinari serta hadiah istimewa untuk dikongsikan bersama keluarga.
VICEROY BALI, SYURGA PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI
Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi percutian luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.











