AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
Dalam dunia fesyen lelaki hari ini, aksesori bukan lagi sekadar pelengkap. Ia menjadi elemen penting yang mampu mengubah keseluruhan penampilan tanpa perlu membeli almari pakaian baharu. Malah, trend 2026 membuktikan bahawa aksesori lelaki seperti bandana, cincin atau rantai seluar mampu memberikan impak yang jauh lebih besar daripada yang disangka.
Apa yang menarik, aksesori kini tidak lagi terikat dengan gaya formal atau streetwear semata-mata. Sebaliknya, ia digunakan untuk mencipta identiti, menyerlahkan personaliti dan menjadikan setiap gaya lebih unik.
Berikut merupakan tujuh aksesori lelaki yang sedang mendominasi trend fesyen 2026.
#1 Bandana
Bandana kembali menjadi item wajib buat peminat fesyen. Jika dahulu ia sinonim dipakai di kepala, kini cara menggayakannya jauh lebih kreatif. Ramai penggemar fesyen memilih untuk mengikat bandana di leher sebagai pengganti skarf bagi memberikan sentuhan vintaj dan effortless. Selain itu, bandana juga sering diselit atau diikat pada gelung seluar, beg atau dipakai sebagai aksesori tangan bagi menambahkan karakter pada penampilan.


Jenama seperti Carhartt dan HdPc antara yang membuktikan bahawa bandana boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya, daripada workwear hinggalah minimalis moden.
#2 Tali Leher
Lupakan persepsi bahawa tali leher hanya sesuai dipakai ke pejabat atau majlis rasmi. Trend terkini memperlihatkan ramai selebriti dan pencinta fesyen menggayakan tali leher bersama sweatshirt, kemeja oversized serta jaket. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual, sekali gus menghasilkan penampilan yang lebih moden.
#3 Tali Pinggang
Tali pinggang kini lebih daripada sekadar aksesori untuk memastikan seluar kekal kemas. Statement belt dengan buckle bersaiz besar, kemasan logam atau rekaan unik mampu menjadi titik fokus kepada keseluruhan penampilan. Pada masa sama, tali pinggang kulit yang ringkas masih menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang menggemari gaya klasik dan kemas.
Sama ada dipakai bersama denim, seluar cargo mahupun tailored trousers, tali pinggang yang tepat mampu menaikkan keseluruhan siluet.
Baca: STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z?
#4 Tote Bag
Praktikal dan bergaya, tote bag terus menjadi pilihan utama lelaki moden. Selain cukup luas untuk membawa komputer riba, buku dan keperluan harian, tote bag juga mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Daripada sut kasual hinggalah penampilan hujung minggu, aksesori ini memberikan keseimbangan antara fungsi dan fesyen. Antara selebriti yang sering dilihat menggayakan tote bag ialah the fashion icon, Jacob Elordi. Lebih-lebih lagi tote bag kesukaannya dari Botega Venetta.

Material kanvas, nilon atau kulit menjadi antara pilihan paling popular mengikut gaya yang ingin ditampilkan.
#5 Cincin
Perhiasan lelaki semakin mendapat perhatian, dan cincin menjadi aksesori paling mudah untuk menambahkan karakter. Trend 2026 banyak menampilkan chunky rings, cincin perak serta rekaan berinspirasikan gaya rock dan biker. Tidak hairanlah jenama seperti Chrome Hearts terus menjadi pilihan ramai kerana identitinya yang berani dan ikonik.

Bagi mereka yang baru ingin bereksperimen, memadankan dua atau tiga cincin pada kedua-dua tangan sudah cukup untuk memberikan impak tanpa kelihatan berlebihan.
#6 Headwear
Topi bukan lagi sekadar pelindung daripada panas, malah menjadi aksesori utama dalam membentuk gaya. Bucket hat kekal relevan untuk gaya santai, manakala beanie semakin mendapat perhatian dalam kalangan pencinta fesyen. Beret pula sesuai bagi mereka yang mahukan sentuhan artistik, sementara ball cap terus menjadi pilihan paling versatil untuk dipakai setiap hari.
Pemilihan headwear yang tepat mampu mengubah keseluruhan mood sesuatu penampilan dengan hanya satu aksesori.
#7 Perhiasan Seluar
Antara trend paling menonjol pada 2026 ialah penggunaan aksesori pada seluar. Pants chain, keyring, carabiner dan pelbagai aksesori logam kini menjadi pilihan untuk memberikan dimensi tambahan kepada penampilan. Inspirasi ini banyak dipengaruhi budaya utilitarian, workwear dan fesyen Y2K yang kembali popular. Walaupun nampak ringkas, perhiasan seluar mampu menjadikan gaya asas seperti T-shirt putih dan denim kelihatan lebih menarik serta mempunyai identiti tersendiri.


Fesyen lelaki 2026 membuktikan bahawa gaya tidak semestinya bergantung kepada pakaian yang mahal atau rekaan yang kompleks. Sebaliknya, aksesori kecil mampu mengubah keseluruhan penampilan dengan usaha yang minimum.
Daripada bandana, tali leher dan cincin sehinggalah pants chain, setiap aksesori mempunyai peranan tersendiri dalam menyerlahkan personaliti. Kuncinya ialah memilih item yang sesuai dengan gaya diri dan memakainya dengan yakin kerana kadangkala, butiran paling kecil mampu memberikan impak paling besar.
Pautan berkaitan: SUNGLASSES TREND 2026: FRAME MANA PALING HOT?
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING
Quiet power di dalam penggayaan menjadi salah satu kuasa buat lelaki yang ingin tampil penuh bergaya dengan penampilan peribadi mereka.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL
Kunci kepada gaya fesyen yang meyakinkan ialah item asas. Seorang lelaki bergaya mestilah mengukuhkan asas gaya mereka dahulu.











