Skip to content

STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT

STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT

Kongsikan artikel ini

Selepas 9 bulan, Stray Kids, kumpulan terhangat generasi keempat ini akhirnya kembali dengan mini album terbaharu, THIS & THAT.

Stray Kids bakal melancarkan mini album terbaharu mereka pada 7 Ogos 2026 ini, 1 petang (KST) dan gambar teaser sudah dilancarkan sepanjang minggu. Pengumuman dimulakan dengan video teaser ‘Run It’ pada 21  Jun dan pengumuman jelajah dunia pada 22 Jun 2026.

Album Stray Kids ini hadir bersama lagu utama yang turut berjudul This & That.

Terdapat pelbagai keunikkan untuk kemunculan semula kali ini. Selain daripada teaser, Stray Kids turut melancarkan single ‘Run It’ yang bakal berada di dalam album THIS & THAT. Satu video berjudul TEST dilancarkan sebelum sebuah trailer yang membawa konsep seram dan creepy dimuat naik di channel YouTube mereka. Setiap satu kandungan ini menjadi tanda tanya dan memberi keterujaan buat peminat mereka, STAY.

Menjadi satu teori diantara peminat bahawa Stray Kids cuba untuk mengangkat konsep penyalahgunaan AI serta deepfake. Ia turut dikatakan berkait dengan kes Bang Chan dan Felix menyaman individu yang menyebarkan kandungan berunsur fitnah serta khabar angin palsu mengenai mereka.

Sebelum kemunculan rasmi album, Stray Kids terlebih dahulu mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat. Ia menerusi siri imej teaser bertemakan kopi yang tampil segar dan di luar jangkaan. Dengan komposisi visual yang lain daripada yang lain serta permainan elemen harian yang diterjemahkan secara artistik. Konsep tersebut sekali lagi membuktikan keberanian kumpulan ini dalam bereksperimen. Ia sekali gus meningkatkan lagi debaran menjelang pelancaran album.

Baca: DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

stray kids this that

Keunikan itu sememangnya menjadi identiti Stray Kids sejak awal debut. Daripada mengangkat semula elemen pakaian tradisional dalam gaya moden, bereksperimen dengan rambut panjang, solekan dramatik sehinggalah penggunaan tooth gems. Setiap era yang diperkenalkan sentiasa hadir dengan identiti tersendiri. Dipadankan pula dengan muzik berintensiti tinggi dan lirik yang mudah melekat di ingatan. Mereka sememangnya berjaya membentuk satu identiti muzik yang kini dikenali peminat sebagai ‘SKZ Core’.

3RACHA Sebagai Tunjak Utama Stray Kids

Seiring dengan maksud nama Stray Kids yang membawa mesej mencipta laluan sendiri, kumpulan ini juga dikenali sebagai antara kumpulan K-pop yang paling aktif menghasilkan karya mereka sendiri. Diketuai oleh unit produksi 3RACHA, setiap ahli memainkan peranan dalam proses kreatif. Bang Chan, Changbin dan HAN menjadikan setiap album lebih autentik dan benar-benar mencerminkan identiti serta perjalanan seni mereka.

Kesungguhan itu terus membuahkan hasil di pentas global. Bermula dengan album mini ODDINARY pada 2022 sehingga projek SKZ IT TAPE: DO IT yang dilancarkan pada November 2025. kumpulan ini mencipta rekod luar biasa apabila lapan keluaran berturut-turut berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard 200, sekali gus menjadi artis pertama yang mencapai pencapaian tersebut.

 

 

HAN, Bang Chan, Changbin (3RACHA)

Baca: 10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

Lebih Banyak Festival & Konsert Buat Stray Kids

Dominasi mereka turut diterjemahkan menerusi jelajah dunia dominATE, yang merangkumi 35 bandar dengan keseluruhan 56 konsert di stadium ikonik seluruh dunia. Bukan itu sahaja, mereka turut mengukuhkan status mereka sebagai penghibur bertaraf global apabila menjadi artis utama di festival muzik antarabangsa seperti Lollapalooza dan British Summer Time Hyde Park.

Dengan gabungan konsep visual yang sentiasa berevolusi, kebolehan menghasilkan muzik sendiri serta persembahan pentas yang bertenaga, This & That dijangka menjadi satu lagi era penting buat Stray Kids. Malah, keterujaan peminat jelas terbukti apabila kesemua lima konsert mereka di KSPO DOME, Seoul yang bermula pada 28 Julai berjaya habis dijual dalam tempoh singkat.

Image

Momentum itu bakal diteruskan pada September menerusi festival STRAYCITY. Mereka turut bakal membuat penampilan di festival muzik berprestij Rock in Rio di Brazil. Memasuki tahun kelapan sejak debut, mereka terus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar fenomena K-pop, tetapi antara nama paling berpengaruh dalam landskap muzik global.

Hyunjin, Lee Know, Felix (DANCERACHA)

Selain 3RACHA, Stray Kids juga terbahagi kepada dua lagi unit iaitu DANCERCHA yang merangkumi penari utama seperti Lee Know, Hyunjin dan Felix. VOCALRACHA pula merangkumi duo penyanyi utama mereka, Seungmin dan I.N. Setiap ahli dan unit mereka membawa keunikkan masing-masing yang digabungkan di dalam satu kumpulan yang dipilih khas oleh ketua mereka sendiri, Bang Chan.

stray kids this that

Seungmin, I.N (VOCALRACHA)

Dengan jelajah dunia yang akan datang, hanya bahagian pertama baru diumumkan. Adakah Kuala Lumpur bakal berada di bahagian kedua jelajah dunia RUN IT Stray Kids? We never know. 

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI

GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP

FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP

Bacaan Lanjut
eye makeup

EYE MAKEUP PADA LELAKI, TREND YANG WAJAR DIIKUTI? APA PENDAPAT ANDA?

Bacaan Lanjut
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

Bacaan Lanjut
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025

GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut