5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Industri muzik Malaysia terus berkembang dengan kemunculan ramai bakat muda yang membawa identiti serta warna muzik tersendiri. Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada. Antara nama yang semakin mendapat perhatian ialah Sharul Kamal, Amarra, Naki, Nadeera dan Zaki Yamani.
Sharul Kamal
Sharul Kamal bukanlah nama baharu dalam industri muzik tempatan. Dia mula mengorak langkah sebagai penyanyi dengan melancarkan beberapa single sejak tahun 2016. Selepas bertahun-tahun membina pengalaman dan memperkukuhkan kedudukan dalam industri, rezekinya mula memihak pada tahun ini menerusi pelancaran lagu raya bersama Mierul Aiman yang berjaya menarik perhatian pendengar. Sharul juga pernah mengasah bakatnya dengan menyertai beberapa pertandingan nyanyian, sekali gus membentuk keyakinan serta kematangan dalam persembahannya.

Naki
Antara kelebihan yang menyerlah pada Sharul ialah keupayaannya menyampaikan pelbagai genre lagu dengan gaya dan identiti tersendiri. Fleksibiliti vokal serta penghayatan yang mantap membolehkannya memberikan interpretasi unik kepada setiap karya.
Amarra
Amarra pula tampil dengan imej moden Gen-Z dan suara yang unik. Dia kini mula bereksperimen dengan pelbagai genre muzik. Dan baru sahaja melancarkan single terbaharu bertajuk SLAY. Hasil kerjasamanya bersama Mimi Fly. Bakat Amarra dicungkil menerusi pertandingan realiti Talk To My Manager, sekali gus memperlihatkannya sebagai penghibur yang berpotensi besar.
Naki
Nama Naki juga semakin meningkat dalam industri muzik Malaysia. Dengan karakter vokal yang tersendiri dan lagu-lagu yang dekat dengan jiwa pendengar muda khasnya, dia berjaya membina kelompok peminat yang semakin berkembang dari semasa ke semasa. Antara lagu yang berjaya menarik perhatian pendengar ialah Datanglah Sang Puteri dan Masa. Memperkenalkan lagi bakat serta keunikan muzik yang dibawa oleh penyanyi ini.
Nadeera
Sementara itu, Nadeera membuktikan kemampuannya menerusi vokal yang bertenaga dan teknik nyanyian yang mengagumkan. Kejayaannya dalam pelbagai pertandingan nyanyian menjadi batu loncatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyanyi wanita generasi baharu yang paling menyerlah. Nadeera pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu hitnya, Bukan Lagi Kita. Dan terbaharu, Cuba Jadi Aku.
Zaki Yamani
Zaki Yamani terus mencuri perhatian dengan bakat nyanyian serta personaliti yang disenangi ramai. Dia semakin matang dalam menghasilkan karya dan tampil dengan identiti muzik yang lebih tersusun, sekali gus mengukuhkan namanya dalam industri. Zaki merupakan anak kepada lagenda, Dato’ Jamal Abdillah.
Kemunculan lima penyanyi ini memberikan nafas baharu kepada dunia muzik Malaysia. Dengan dedikasi, kerja keras dan sokongan peminat, mereka berpotensi untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40
10 buah lagu diumumkan mara ke pentas akhir AJL 40 bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir.
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.
GL Playlist himpunkan 7 lagu raya terbaru 2026 termasuk Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Wani Kayrie yang memeriahkan Syawal tahun ini.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











