GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MENGGAYAKAN ADIBUSANA DARIPADA MATIÈRES FÉCALES DAN MEMEGANG SEKUNTUM ROS, MENENTANG GAYA BRIDE KONVENSIONAL.
Setelah dua tahun bertemu, pelakon Gabriette Bechtel dan penyanyi utama kumpulan The 1975 Matty Healy sah bergelar suami isteri. Kedua pasangan itu bertukaran ikrar di luar Castillo del Lago, rumah terdahulu Madonna, yang berhampiran dengan papan tanda ikonik Hollywood pada sabtu lalu.
Penyanyi About You berumur 37 tahun itu kelihatan segak memakai tuksedo hitam ala Jehovah Witness. Sebaliknya, pelakon dan model 28 tahun itu pula memilih Matières Fécales haute couture bride sebagai gaun perkahwinannya. Gaun putih berbustle itu dilengkapi trimming yang edgy dan bersarungkan tali korset di sepanjang bahagian belakang. Gaya rambut half up, half downnya dipadankan kelubung panjang tradisional, memberikan aura yang cukup effortless. Sementara itu, pilihan Gabriette untuk hanya memegang sekuntum ros ketika melangkah ke jenjang pelamin selanjutnya mencabar penataan gaya bride konvensional.
Pasangan itu mula dilihat berhubungan pada September 2023 setelah digambar bersama di New York City. Mereka mengesahkan pengumuman pertunangan kurang daripada setahun selepasnya, iaitu Jun 2024. Ibu kepada Matty Healy, Denise Welch, juga mendedahkan keterujaannya tentang perkahwinan pasangan itu pada Mei lalu. “Saya sangat teruja. Kami sangat gembira— Gabriette adalah semua yang saya inginkan dalam seorang menantu perempuan.”
Sehari sebelum majlis, pasangan pengantin baru menghadiri rehearsal dengan kereta kabriolet daripada Rolls Royce yang tampil klasik. Majlis tertutup di Los Angeles itu dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat, termasuk Charli XCX—juga isteri George Daniel, pemain dram The 1975—, Quenlin Blackwell, Alex Consani, dan Alex O’Connor.
Artikel berkaitan: BAND INDIE MALAYSIA SEPERTI ARCTIC MONKEYS DAN THE NEIGHBOURHOOD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.











