SPAIN BERGELAR JUARA PIALA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA 1-0
20 PERCUBAAN GOL, MOMEN FULL-CIRCLE YAMAL DAN MESSI, DAN KEMENANGAN SPAIN— SAKSIKAN SEMUA SOROTAN PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA FIFA 2026.
“The bracket is complete,” ujar FIFA World Cup di posting Instagram jam 6:05 pagi semalam. Suntingan itu menandakan tamatnya kejohanan Piala Dunia FIFA yang ke-23, dengan Spain sebagai perangkul juara selepas menentang Argentina dengan markah 1-0. Kejohanan akhir itu bertempat di New York New Jersey Stadium, ataupun lebih dikenali sebagai MetLife Stadium. Seramai lebih 80,000 peminat hadir untuk menyaksikan perlawanan penuh bersejarah, termasuk barisan selebriti terhormat seperti Jay-Z dan Beyoncé, Carlos Alcaraz, Timothée Chalamet, Chris Martin, dan keluarga Beckham.
Dalam perlawanan yang penuh sengit, para penonton dipenuhi debaran, dengan pemarkahan yang masih 0-0 ketika separuh masa. Spain mencatatkan rekod sebanyak 20 percubaan ke arah gol, dengan 11 percubaan yang mencapai target. Namun, semua percubaan ditentang oleh penjaga gol Argentina, Emiliano Martínez, sebelum Ferran Torres García berjaya menenjaringkan gol pada masa tambahan.
Tidak dilupakan juga kemenangan Lamine Yamal menentang Leonel Messi yang cukup menyentuh hati setiap peminat bola. Setelah gambar Lionel Messi bersama Lamine Yamal pada tahun 2009 kembali tular, momen mereka berdua berpelukan ketika usai acara memberikan momen full circle. Kedua mereka dirakam berbual pendek pada minit-minit terakhir diatas padang. “Saya hanya memberitahunya, ‘Saya minta maaf,’” bilang Yamal sambil mengimbas kembali perbualan singkat bersama idolanya.
Kemenangan Spain juga menandakan kedudukan Argentina sebagai peraih pingat perak dan England sebagai peraih pingat gangsa. England memperoleh kemenangan ketika melawan Perancis Ahad minggu lalu. Penentangan penuh hangat itu berakhir dengan pemarkahan 6-4.
Artikel berkaitan: SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
Meriahkan tontonan perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 anda dengan tujuh tayangan awam di sekitar KL & PJ.
GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026
Selain daripada permainan yang menjadi penantian, lagu-lagu tema buat FIFA World Cup 2026 turut dinanti-nantikan.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.
5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Tahukah anda adidas Samba merupakan antara kasut sniker terawal yang menampilkan rekaan 3-Stripes yang ikonik pada hari ini?











