EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
DARIPADA FENOMENA TAS HERMÈS MILIK ERLING HAALAND HINGGA TREND WARNA ICY BLUE, LIHAT EMPAT TREND HANGAT YANG MEMBUKTIKAN HUBUNGAN RAPAT ANTARA FIFA DAN FESYEN.
Piala Dunia FIFA 2026 baru sahaja melabuhkan tirai di MetLife Stadium, New York, pada Ahad lalu. Sepanyol diangkat sebagai perangkul gelaran juara setelah menentang Argentina, dengan markah akhir 1-0. Namun, perbicaraan tentang acara itu ternyata masih belum bersurai.
Kehebohan Piala Dunia FIFA tahun ini tidak terbatas kepada sukan. Selain daripada perlawanan bola, kejohanan Piala Dunia FIFA juga telah menimbulkan fashion galore, daripada fenomena tas Hermès Erling Haaland hingga warna icy blue bendera Argentina. Lihatkan sorotan empat trend hangat yang menjadi bukti perkaitan rapat antara FIFA dan fesyen.
Hermès
Trend pertama dalam sorotan ini tidak memerlukan sebarang pengenalan. Meskipun gembar-gembur disebalik jenama berprestij ini bukanlah sesuatu yang baharu, popularitinya melonjak naik ketika Piala Dunia. Semuanya bertunas daripada penyerang Norway bertinggi 6’4, Erling Haaland. Koleksi tas Hermès model Birkin HAC (Haut à Courroies) miliknya menarik minat khalayak ramai, seterusnya meluaskan jangkauan penonton perlawanan.
Merah Darah
Norway, England dan Sepanyol—tiga pasukan gergasi yang sinonim dengan warna merah—turut mempengaruhi peminat untuk menyarungkan rona yang mewakili negara masing-masing. Tidak ketinggalan, BTS tampil serba merah ketika persembahan halftime, sekali gus menyemarakkan lagi trend warna berani itu.
Biru icy

Warna biru icy yang menjadi It-colour bagi musim panas 2026.
Selepas penyertaan Argentina di Piala Dunia, warna biru muncul sebagai antara trend fesyen paling hangat bagi musim panas 2026. Bukan sebarang biru, tetapi ragi icy yang mengingatkan kepada warna bendera Argentina. Rona electrifying ini turut menghiasi pentas fesyen menerusi koleksi Jacquemus dan Prada, selain digayakan oleh Hailey Bieber, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai rona pilihan musim ini.
Butter yellow
Ragi kuning mentega ataupun dikenal luas sebagai butter yellow mula menembusi trend fesyen semenjak musim panas tahun 2024. Tahun ini, rona yang sinonim dengan bendera juara Piala Dunia, Sepanyol, terus mengukuhkan kedudukan butter yellow sebagai antara trend fesyen paling hangat. Ia juga sekali gus membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan dunia fesyen.
Artikel berkaitan: SPAIN BERGELAR JUARA PIALA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA 1-0
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











