Skip to content

PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA

Kongsikan artikel ini

BTS MEMULAKAN KONSERT JELAJAH DUNIA ARIRANG MEREKA DI PERANCIS, DIMANA JUNG KOOK MEMPERSEMBAHKAN FASHION FEAST ILHAM BALENCIAGA.

Ahli pop royalty BTS, Jung Kook, mempersembahkan beberapa penampilan khas Balenciaga bagi debut jelajah arena antarabangsa ARIRANG, album studio BTS yang kelima. Karya-karya eksklusif ini meniti antara rekaan koleksi Musim Luruh 2026 / Musim Panas 2027 karya Pierpaolo Piccioli dengan gaya peribadi Jung Kook yang tersendiri. Hasilnya memberikan nafas baru kepada elemen maison itu, yang diurai dengan tiga persembahan bertema.

Jaket kulit Jung Kook, dihiasi stud Le City.

Bertempat di Stade de France, Jung Kook membuka babak pertama dalam seluar kulit hitam disaluti tali pinggang dan sarung tangan berkancing. Jaketnya pula berkolar tinggi dan dihiasi stud yang memantulkan logam Le City, beg It klasik tanda kenal Balenciaga. Sepanjang dua pertunjukan berturut-turut itu, Jung Kook memakai but Balenciaga Venom dan cermin mata hitam Boomerang Cat miliknya, serta dilengkapi barang kemas Balenciaga, termasuk rantai ikonik BB dan pin DIY.

Jaket denim kustom oleh Balenciaga.

Untuk babak kedua, Jung Kook menampilkan siluet bersaiz besar, sejajar dengan sejarah sculptural volume jenama Sepanyol tersebut. Pada 17 Julai, penyanyi itu melapiskan kemeja-T dan seluar jeans longgar dengan jaket denim bertabur stud Le City dan logo patchwork. Keesokan harinya, penyanyi itu memakai satu lagi penampilan kulit hitam. Ia terdiri daripada sarung tangan opera, seluar XXL, dan baju lengan pendek boxy berhud. Kemeja itu menampilkan logo bersulam serta nombor 10, iaitu alamat bersejarah Balenciaga di Paris di Avenue George V.

Jung Kook memakai baju kustom berkulit penuh.

Merchandise rasmi BTS ARIRANG WORLD TOUR juga diolah semula oleh Balenciaga ketika babak terakhir. Hoodie dan kemeja-T kelihatan lusuh, serta dilapisi logo Balenciaga, inisial Jung Kook. Dan tajuk album yang menonjolkan elemen muda.

Merchandise rasmi BTS ARIRANG WORLD TOUR yang diolah semula.

Karya seni grafik ini mengeksperimenkan teknik heavy metal, kaligrafi, stensil, dan tipografi. Ini termasuk overdyeing, screen-printing, dan appliqueing. Ia menjadi bukti kukuh penerokaan materialiti dan kraf oleh Balenciaga.

Artikel berkaitan: KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
LELAKI ASIA PARIS FASHION WEEK SS26

BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Bacaan Lanjut
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

Bacaan Lanjut
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

Bacaan Lanjut