5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.
Apakah yang membuat kereta Formula 1 yang terbaik? Jawapannya mungkin akan dibongkar pada sabtu ini di Monterey, dimana 1996 McLaren F1 GTR yang bernilai melebihi $35,000,000 ASD bakal dijual.
Kereta Formula 1 mula dijual di auction dengan bertujuan menjana pendapatan untuk pasukan serta menemui minat elite collectors. Sejarahnya bermula sebagai jualan persendirian kepada peminat perlumbaan tempatan pada tahun 50-an. Namun, apabila warisan sukan permotoran berkembang, pelumba-pelumba legenda seperti Juan Manuel Fangio atau Ayrton Sennapeng melonjakkan nilai kereta F1. Jualan bernilai tinggi seperti Mercedes-Benz W196R 1954 turut membuktikan bahawa kereta-kereta vintaj F1 dapat menandingi harga seni.
Dengan kegiatan minat auction Formula 1 dalam beberapa tahun kebelakangan ini, GL turut mengimbas kembali lima kereta lumba Formula 1 bernilai tertinggi yang pernah dijual.
5. 2003 Ferrari F2003 – $13.5m pada 2022

Ferrari F2003 Michael Schumacher dijual pada harga mencecah $13.5 juta pada auction di Switzerland. Casis 229 ini meraih tujuh kemenangan perlumbaan. Ia juga merupakan salah satu daripada hanya empat casis Ferrari Formula 1 pada era Schumacher yang meraih lebih lima kemenangan pada musim Kejohanan Dunia.
4. 2001 Ferrari F2001 – $18.1m pada 2025

Sebagai pemecah rekod sebelumnya, casis 211 Ferrari F2001 yang dipandu Schumacher ini meraih kejohanan di Grand Prix Monaco 2001, sebelum dijual dengan nilai $18.1 juta di Monte Carlo pada tahun 2025. Kejayaan ini menjadikannya model idaman buat pengumpul kereta. Jualan oleh Sotheby’s ini menjadikannya kereta Schumacher paling mahal yang pernah dilelong.
3. 2013 Mercedes W04 – $20.4m pada 2023

Lewis Hamilton mengatasi Michael Schumacher dengan jualan kereta W04nya yang mencecah harga $20.4 juta pada tahun 2023. Nombor casis 4 yang dipandunya ketika di Budapest ini membantunya memperoleh kemenangan Mercedes pertama. Ia dilelong semasa hujung minggu Grand Prix Las Vegas oleh Sotheby’s, mengatasi ramalan awal harga $15 juta.
2. 1954 Mercedes W196R – $26.4m pada 2013

Dipandu oleh the legendary Juan Manuel Fangio, W196R merupakan kereta yang dipandunya ketika meraih kejohanan pada tahun 1954. Model ini menjadi penanda kereta F1 paling mahal pernah dijual oleh Bonhams pada Julai 2013 di Festival Kelajuan Goodwood, dengan harga ASD$26,439,758.
1. 1954 Mercedes W196R Streamliner – $59.1m pada 2025

Casis kedua Mercedes W196R dapat menggandakan rekod harga jualan Formula 1. Ia merupakan spesifikasi Stromlinienwagen atau ‘Streamliner’ pertama yang pernah dijual setelah hampir 60 tahun dipamerkan di Muzium Litar Lumba Motor Indianapolis. Nilainya diraih selepas merangkul dua gelaran juara di tangan Juan Manuel Fangio dan Stirling Moss, serta memenangi 9 daripada 12 perlumbaan. Jualan yang dianjur oleh RM Sotheby’s di Stuttgart pada Februari 2025 itu membuahkan hasil nilai $59,101,418. Ia mengesahkan gelaran model ini sebagai kereta Formula 1 paling mahal pernah dijual.
Artikel berkaitan: 5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX
Setelah hampir 10 tahun lalu sejak menjadi tuan rumah pada tahun 2017, Malaysia sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Bahrain Grand Prix 2026.
SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026
Malaysia dikatakan berpeluang menjadi tuan rumah sempena Grand Prix 2026 berikutan konflik yang dilaporkan di kawasan Timur Tengah.
CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026
Tahun ini, Singapore GP 2026 tampilkan barisan artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan, serta menjadi penantian ramai.
5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI
Lihat bagaimana Carlos Sainz mengekalkan prestasi melalui latihan intensif, diet seimbang dan rutin grooming yang konsisten.
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.











