KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Pelakon-pelakon utama filem Kudrat 1968 telah didedahkan, dan menjadikan penantian peminat siri High Council yang kian menanti.
Kudrat 1968 kini mencuri perhatian selepas barisan pelakon utamanya diperkenalkan secara rasmi menerusi acara cast reveal yang berlangsung baru-baru ini. Menampilkan gabungan wajah yang semakin menyerlah dalam industri tempatan, naskhah terbaharu terbitan Astro Shaw ini dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai pelakon utama.
Kudrat 1968 merupakan prekuel kepada dunia High CounciL. Ia membawa penonton kembali ke permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar yang menjadi asas kepada kisah yang diperkenalkan menerusi Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Lebih daripada sekadar sebuah prekuel, karya arahan Zulaikha Zakaria ini dilihat sebagai satu percubaan yang berani. Semuanya tentang memperluaskan dunia penceritaan tempatan menerusi gabungan siri premium dan filem. Dengan konsep yang eksperimental, transformasi fizikal pelakon serta dunia High Council yang semakin berkembang. Kudrat 1968 pastinya antara naskhah tempatan yang wajar diberi perhatian. Sebagai pelengkap kepada dunia tersebut, lagu tema utama berjudul “Manifestasi” nyanyian Shahrul Kamal turut mengiringi naskhah ini.
Kudrat 1968 Hadir Dengan Pendekatan Berbeza
Lebih menarik, Kudrat 1968 hadir dengan pendekatan penceritaan yang cukup berbeza apabila akan diperkenalkan terlebih dahulu menerusi empat episod siri premium Astro Originals. Kemudian, ia akan diteruskan ke layar lebar dalam bentuk filem. Menurut Eksekutif Kudrat 1968, Raja Jastina Raja Arshad, pendekatan tersebut merupakan percubaan pertama di Malaysia untuk menghubungkan dua format penceritaan dalam satu dunia yang sama.
Konsep tersebut sekali gus menjadikan Kudrat 1968 bukan sekadar sebuah filem. Sebaliknya, ia sebuah pengalaman penceritaan yang berkembang daripada siri ke layar lebar. Walaupun ditampilkan menerusi dua medium berbeza, kedua-duanya tetap berkait rapat. Ia jugamembawa penonton lebih dekat dengan dunia yang menjadi asas kepada kisah High Council.
Kini, teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith diumumkan sebagai antara pelakon utama yang bakal menghidupkan dunia Kudrat 1968.
Mierul Aiman Mencuri Perhatian Terdahulu
Sebelum barisan pelakon lain diperkenalkan, nama Mierul Aiman terlebih dahulu mencetuskan keterujaan peminat selepas diumumkan bakal membawa watak Kuda. Pelakon yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi wataknya dalam Projek: High Council itu turut memberi bayangan mengenai pengumuman barisan pelakon menerusi media sosial Astro Shaw.
Perkongsian tersebut pantas mengundang reaksi peminat yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal bergandingan dengannya dalam naskhah terbaharu ini. Walaupun ramai yang bertanda tanya tentang kemuculan Mierul Aiman dalam garis masa ini, kehadirannya semestinya bakal memberi impak.

Zarif Ghazzi Turunkan 21 Kilogram Demi Abbas
Antara nama yang paling mencuri perhatian ialah Zarif Ghazzi, yang membawa watak Abbas. Demi memastikan watak tersebut kelihatan meyakinkan sebagai seorang pelajar sekolah, Zarif melakukan transformasi fizikal yang cukup drastik. Pelakon itu mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21 kg dalam tempoh hanya tiga bulan sebagai persediaan untuk wataknya.
Bukan sekadar menurunkan berat badan, Zarif turut menggelapkan warna kulit bagi menyesuaikan penampilannya dengan karakter Abbas. Secara keseluruhan, dia mengambil masa kira-kira empat hingga lima bulan untuk membuat persiapan sebelum memulakan penggambaran. Menurutnya, perubahan fizikal itu penting kerana dia mahu watak yang dibawanya benar-benar kelihatan seperti seorang pelajar sekolah. Bukan sekadar dari segi mentaliti tetapi juga penampilan.

Evertts Gomes Sertai Dunia High Council
Nama yang tidak asing, Evertts Gomes antara wajah yang semakin mencuri perhatian dalam industri hiburan tempatan, khususnya menerusi bakat lakonannya. Kehadirannya dalam barisan pelakon Kudrat 1968 menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan seninya, apabila dia bakal menyertai dunia High Council yang sememangnya sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Sebagai antara wajah yang bakal mewarnai prekuel ini, kemunculan Evertts pastinya menimbulkan rasa ingin tahu tentang karakter yang bakal dibawanya, Ghafar. Naskhah ini bakal menjadi ruang baharu buat Evertts untuk memperlihatkan sisi lakonannya kepada penonton.

Dari Good Boys To Heaven, Dai Fuad Ke Kudrat 1968
Nama Dai Fuad tidak terlalu asing dalam kalangan peminat drama tempatan. Pelakon, penyanyi dan pemuzik yang semakin menyerlah ini mula mencuri perhatian menerusi penjiwaan wataknya sebagai Nahar dalam siri premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven (GBGTH). Daripada Good Boys Go To Heaven kepada Kudrat 1968, perjalanan Dai Fuad memperlihatkan sisi seorang pelakon yang terus bereksperimen dengan karakter dan dunia penceritaan yang berbeza. Kali ini, penonton bakal melihat sisi baharu bakatnya menerusi naskhah ini dan karakter Pa.

Wajah Baharu, Chech Harith
Chech Harith merupakan antara wajah baharu yang bakal diperkenalkan menerusi Kudrat 1968, namun peluang ini hadir selepas perjalanan yang cukup panjang. Sebelum akhirnya berjaya mendapatkan watak Mazli, Chech mendedahkan bahawa dia telah menghadiri kira-kira 30 sesi casting sepanjang perjalanan mengejar peluang dalam industri lakonan. Menariknya, penampilannya turut mencuri perhatian apabila ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila.
Dalam Kudrat 1968, Chech menghidupkan watak Mazli. Lebih penting, Mazli bukan sekadar watak sampingan dalam dunia Kudrat 1968. Karakternya mempunyai kaitan penting dengan perkembangan cerita High Council, sekali gus menjadikan kemunculan Chech antara sesuatu yang wajar diberi perhatian. Berdasarkan dunia High Council yang telah diperkenalkan sebelum ini, nasib Mazli turut menjadi antara titik penting dalam kisah tersebut.

Akmal Asyraf, Wajah Yang Semakin Menyerlah
Akmal Asyraf turut mendapat perhatian menerusi beberapa karya tempatan sejak kebelakangan ini. Bakat lakonannya dapat dilihat menerusi watak Kutu dalam Malaikat Malam serta Ron dalam Tarung: Unforgiven. Kini, Akmal Asyraf meneruskan langkahnya dalam dunia perfileman tempatan menerusi Kudrat 1968, sebagai Piji. Watak Piji juga memegang titik penting dalam naskah ini, seperti Mazli dan Ghafar, dalam kewujudan High Council di masa hadapan.

Satu perkara yang pasti, perjalanan menuju dunia Kudrat 1968 baru sahaja bermula.
Pautan berkaitan: 5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.
GL Playlist himpunkan 7 lagu raya terbaru 2026 termasuk Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Wani Kayrie yang memeriahkan Syawal tahun ini.
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU
Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI
Zarif Ghazzi semakin mencuri perhatian sejak berlakon dalam drama hit Khunsa dan Seribu Tahun. Zarif menghiasi cover digital Februari 2026.











