SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Tanda tanya mengenai tarikh perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
Pasangan yang masing-masing berusia 34 dan 32 tahun itu memilih aras 118, Menara Merdeka Maybank sebagai lokasi istimewa untuk majlis akad nikah mereka. Pengumuman berkenaan dibuat ketika mereka muncul dalam program hiburan Meletop malam tadi.
Syed Saddiq dan Bella sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. Untuk hari bahagia mereka, pasangan itu sepakat mengetengahkan tema putih yang turut dihiasi sentuhan Arab dan elemen Islamik, selari dengan hasrat kedua-dua keluarga.

Kredit foto: Instagram Bella Astillah
Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq menjelaskan tarikh Oktober dipilih selepas mengambil kira masa yang diperlukan untuk menyempurnakan pelbagai persiapan. Walaupun berharap dapat berkahwin lebih awal, Oktober dianggap waktu paling sesuai untuk mereka memulakan fasa baharu sebagai pasangan suami isteri.
Majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah
Selain majlis akad nikah, mereka turut merancang mengadakan majlis persandingan pada bulan yang sama. Beberapa acara berkaitan juga dijangka berlangsung di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah.
Menara Merdeka Maybank dipilih bukan sekadar kerana lokasinya yang ikonik, malah mempunyai makna tersendiri buat pasangan berkenaan. Syed Saddiq turut menghargai pihak pengurusan bangunan itu kerana memberi peluang untuk mereka mengadakan majlis pernikahan di aras 118, yang bakal menjadi antara acara pernikahan terawal di ruang tersebut.
Artikel berkaitan: SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.
“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU
Syed Saddiq melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu dan perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.











