Skip to content

THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

Kongsikan artikel ini

  The Ordinary hadir dengan kempen baharu, Pore Playground yang bawa realiti tentang masalah kulit dengan lebih terbuka dan diterima. 

Dalam dunia yang semakin dipenuhi penapis digital, kulit yang tidak sempurna semakin jarang kelihatan. Namun, jerawat dan breakout tidak pernah benar-benar hilang. Ia cuma semakin mudah disembunyikan.

Melalui kempen terbaharu, The Ordinary hadir dengan Pore Playground, mengajak pengguna melihat kembali realiti kulit breakout-prone dengan pendekatan yang lebih terbuka. Selain itu, berinformasi dan tanpa stigma. Hari ini, pimple patch bukan lagi sekadar digunakan sebagai rawatan malah tampil sebagai aksesori. Pada masa yang sama, penapis media sosial yang melicinkan kulit secara masa nyata menjadikan wajah tanpa cela seolah-olah satu standard kecantikan yang perlu dicapai. Akibatnya, pengalaman sebenar berdepan breakout semakin kurang kelihatan dalam ruang digital.

the ordinary pore playground

Kajian yang dirujuk oleh The Ordinary menunjukkan bahawa 63 peratus orang dewasa berasa kurang yakin berada di khalayak ramai kerana masalah kulit. Manakala 90 peratus wanita muda pernah menggunakan penapis atau menyunting foto sebelum dimuat naik ke media sosial. Keadaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada jangkaan yang semakin tidak realistik terhadap penampilan dan keadaan kulit.

Memahami, Bukan Sekadar Menghapuskan

Kulit yang mudah mengalami breakout lazimnya dikaitkan dengan pengeluaran minyak berlebihan, pori-pori yang kelihatan besar atau tersumbat serta tekstur kulit yang tidak sekata. Namun, breakout sering dianggap sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan dengan segera, tanpa memahami bagaimana dan mengapa ia berlaku.

Secara biologi, breakout boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah peningkatan penghasilan sebum yang sering berkait dengan perubahan hormon serta pengumpulan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori tersumbat.

the ordinary pore playground

Proses ini merupakan sesuatu yang biasa berlaku, khususnya ketika usia remaja dan awal dewasa. Namun, pengalaman setiap individu berbeza dan keadaan kulit juga boleh berubah mengikut masa. Lebih penting, The Ordinary turut menekankan bahawa masih terdapat pelbagai salah faham mengenai breakout. Ia sering dikaitkan secara mudah dengan kebersihan, pemakanan atau tabiat peribadi. Sedangkan, faktor-faktor tersebut tidak semestinya dapat menjelaskan puncanya secara menyeluruh.

Bagi The Ordinary Setiap Kulit Ada “Pore Playground”-nya

Konsep Pore Playground hadir untuk mengubah cara breakout dilihat dan difahami. Daripada menganggapnya sebagai satu masalah dengan satu penyelesaian, kempen ini menerangkan bahawa kulit breakout-prone mempunyai perjalanan yang kompleks dan berbeza bagi setiap individu.

Pendekatan The Ordinary turut menggunakan bahasa yang lebih bersahaja, sensorial dan kadangkala sedikit tidak selesa untuk menggambarkan realiti kulit. Daripada pori tersumbat dan breakout yang meradang sehinggalah kesan selepas jerawat.

Mesejnya mudah: setiap wajah mempunyai pore playground tersendiri.

Breakout tidak semestinya seragam. Ia boleh berubah, berkembang, reda dan kembali semula. Justeru, penjagaan kulit juga tidak seharusnya dilihat sebagai satu penyelesaian mutlak yang sesuai untuk semua. Produk-produk The Ordinary dalam kempen ini diposisikan sebagai sebahagian daripada pendekatan penjagaan yang lebih menyeluruh dan boleh disesuaikan mengikut keperluan kulit. Daripada rawatan dan penyelenggaraan hinggalah penjagaan selepas breakout.

Bagi melengkapkan pendekatan Pore Playground, The Ordinary turut mengetengahkan beberapa formulasi yang menyasarkan keperluan kulit pada fasa breakout yang berbeza. Antaranya:

  • Salicylic Acid 2% Solution – membantu menangani blackhead dan pori tersumbat, menjadikan ia pilihan untuk kulit yang berdepan masalah congestion.
  • Sulfur 10% Powder-to-Cream Concentrate – diformulasikan untuk breakout yang meradang dan kelihatan lebih “angry”, dengan tekstur powder-to-cream yang berubah apabila diaplikasikan pada kulit.
  • Niacinamide 10% + Zinc 1% – membantu mengawal lebihan minyak pada kulit, sesuai untuk mereka yang mengalami penghasilan sebum berlebihan.
  • Aloe 2% + NAG 2% Solution – membantu memperbaiki penampilan kesan selepas breakout, menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan kulit selepas jerawat mula reda.

Keempat-empat formulasi ini mencerminkan idea utama Pore Playground bahawa tiada satu pendekatan yang sesuai untuk semua keadaan kulit. Daripada pori tersumbat dan lebihan minyak kepada breakout yang meradang serta kesan selepas jerawat, setiap fasa memerlukan perhatian yang berbeza.

the ordinary pore playground

Kulit Sebenar, Realiti Sebenar

Pada akhirnya, Pore Playground bukan sekadar kempen penjagaan kulit. Ia merupakan usaha untuk menjadikan perbualan tentang breakout lebih terbuka dan berasaskan fakta, sambil mengurangkan tekanan emosi yang sering hadir bersama masalah kulit. Dalam era di mana wajah sempurna boleh dihasilkan hanya dengan satu sentuhan pada skrin, The Ordinary mengingatkan bahawa kulit sebenar tidak perlu sentiasa kelihatan sempurna.

Kerana breakout adalah sebahagian daripada perjalanan kulit. Dan seperti manusia, kulit juga berubah mengikut masa. Kempen Pore Playground dilancarkan secara global pada 28 Julai 2026 merangkumi platform digital, ruang runcit dan aktivasi pengalaman.

Pautan berkaitan: GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut

THE ORDINARY MEMPERKENALKAN LASH CURL FINISHER: DEFINISI LEMBUT, HASIL SEMULA JADI

Bacaan Lanjut

THE ORDINARY KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Bacaan Lanjut

THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN

Bacaan Lanjut
KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Bacaan Lanjut
THREE RAI ULANG TAHUN KE-15 DENGAN PELANCARAN SEMULA DI MALAYSIA

THREE RAI ULANG TAHUN KE-15 DENGAN PELANCARAN SEMULA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut