Skip to content

BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, 'BIIIG' SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

Kongsikan artikel ini

Penantian akhirnya berakhir! BIGBANG kembali semula dengan single baharu berjudul “BiiiG” sebagai hadiah ulang tahun ke-20 mereka. 

Selepas lebih empat tahun menantikan kemunculan muzik baharu daripada kumpulan legenda Korea Selatan, BIGBANG akhirnya kembali dengan single terbaharu, “BiiiG”. Single ini dilancarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 mereka pada 19 Ogos 2026. Diterajui oleh tiga anggota, G-Dragon, Taeyang dan Daesung, single ini menjadi karya pertama BIGBANG selepas “Still Life”. “Still Life” dilancarkan pada April 2022 sebagai hadiah buat peminat. “BiiiG” bukan sekadar sebuah lagu baharu, malah menjadi simbol perjalanan dua dekad kumpulan tersebut dalam industri muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Menurut YG Entertainment, “BiiiG” menampilkan identiti muzik tersendiri BIGBANG. Selain itu, ia menyerlahkan keserasian antara G-Dragon, Taeyang dan Daesung serta kedalaman seni yang telah menjadi sebahagian daripada DNA kumpulan itu sejak awal kemunculan mereka.

“BiiiG” Menduduki No. 1 Carta TOP100 Melon

Dari segi lirik, lagu yang turut menampilkan nama G-Dragon sebagai salah seorang penulis lirik dan komposer ini mengangkat tema tentang kebanggaan terhadap legasi 20 tahun BIGBANG. Ia juga menunjukkan semangat zaman muda serta kasih sayang mereka terhadap VIP, nama yang diberikan kepada barisan peminat setia BIGBANG. Menariknya, sambutan terhadap “BiiiG” cukup luar biasa sebaik sahaja dilancarkan. Di platform penstriman muzik Korea Selatan, Melon, lagu ini dilaporkan terus menduduki No. 1 carta TOP100 dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarkan. Ia turut mencatat rekod sebagai lagu keluaran 2026 dengan jumlah pendengar terbanyak dalam tempoh sejam pertama.

bigbang biiig

Lebih mengagumkan, “BiiiG” turut mencatat sembilan kali ‘roof kick’. Satu istilah yang merujuk kepada pencapaian apabila jumlah penggunaan masa nyata lagu mencapai tahap tertinggi yang diukur oleh carta tersebut. Pencapaian ini sekali lagi membuktikan pengaruh BIGBANG yang masih kukuh selepas dua dekad berada dalam industri. Walaupun G-Dragon, Taeyang dan Daesung turut tampil bersama menerusi “Home Sweet Home” pada November 2024, lagu tersebut secara rasmi dikreditkan sebagai karya solo G-Dragon dengan Taeyang dan Daesung sebagai artis undangan. Justeru, “BiiiG” menjadi kemunculan muzik pertama mereka sebagai BIGBANG sejak “Still Life” pada 2022.

“XX : Cosmos” Bakal Bawa BIGBANG Ke Malaysia

Kembalinya BIGBANG tidak terhenti pada muzik baharu. Kumpulan ini turut bakal mengadakan jelajah dunia terbaharu mereka, “XX : COSMOS”. Jelajah dunia ini akan bermula di Goyang, Korea Selatan pada 21 Ogos 2026. Jelajah tersebut bakal membawa BIGBANG ke beberapa lokasi di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Australia. Yang pastinya mencuri perhatian VIP di Malaysia, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu destinasi jelajah mereka.

bigbang biiig

Konsert BIGBANG di Kuala Lumpur pada 9 Januari 2027 menjadi antara momen yang paling dinantikan peminat tempatan. Khususnya selepas penantian panjang untuk menyaksikan G-Dragon, Taeyang dan Daesung berkongsi satu pentas sebagai BIGBANG. Dengan “BiiiG” yang kini menguasai carta dan “XX : COSMOS” bakal menjelajah dunia, ulang tahun ke-20 BIGBANG jelas bukan sekadar sambutan nostalgia. Ia menjadi bukti bahawa dua dekad kemudian, nama BIGBANG masih mempunyai kuasa untuk menggegarkan industri muzik dan menghidupkan kembali semangat VIP di seluruh dunia.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI

KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI

Bacaan Lanjut
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

Bacaan Lanjut
KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK

KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK

Bacaan Lanjut
HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA

HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: DENGAR SEMULA LAGU-LAGU BIGBANG DI COACHELLA 2026

GL PLAYLIST: DENGAR SEMULA LAGU-LAGU BIGBANG DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

Bacaan Lanjut