Skip to content

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Kongsikan artikel ini

Berbadan sasa dan berkarisma tersendiri, lihatkan lima tips untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.

Bermula dengan seni bela diri campuran (MMA), wajah depan GLAM Lelaki pada bulan Ogos, Kabilan Jelevan kini menjadi salah seorang nama atlet terbesar di Malaysia. Hanya pada usia 25 tahun, Kabilan juga mewakili Malaysia bersaing di pentas ONE Championship, salah satu organisasi seni bela diri terbesar di Asia.

Di luar gelanggang, pemuda berbadan sasa dan berkarisma tersendiri ini juga mewakili lelaki kontemporari yang penuh laras keyakinan dan tampil berkarakter. Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jeleven.

 

1. Jam tangan statement

Jam tangan bersaiz besar, sekurang-kurangnya bersaiz 41mm, sentiasa dilihat melilit pergelangan tangan Kabilan. Saiznya yang flashy menjadi pemanis mata yang mampu menaik taraf setiap pakaian ringkas.

 

2. Rantai signature

Tidak mengira arah tuju langkah, satu perkara yang kekal sama dalam penampilan Kabilan adalah kalung besinya. Rantai signature ini bagai menjadi aksesori wajib bagi Kabilan, seterusnya memberi efek familiariti.

 

3. Cermin mata hitam

Pelengkap pakaian go-to Kabilan Jelevan? Sunglasses! Cermin mata hitam menawarkan keyakinan dan perwatakan berani, hanya dalam satu aksesori.

 

4. Kemeja button down

Kabilan sentiasa memilih penggayaan button down bagi kemeja berkolarnya. Styling ini juga memberi efek yang lebih santai bagi pemakaian harian. 

 

5. Siluet baggy

Trend streetwear yang giat popular antara Gen Z juga turut menjadi pemakaian seleksi Kabilan. Formulanya cukup mudah: baggy pants.

Artikel berkaitan: FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut