GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – indeks jerebu akhirnya berkurang dan tiba masanya untuk senaman di luar rumah!
Bersenam merupakan antara aktiviti yang wajib dibuat tatkala tiba hujung minggu. Ia membantu mengawal stres, membentuk badan, dan menjadi tetapan semula setelah minggu yang panjang. Baru sahaja beberapa minggu lalu negara kita diimpak jerebu yang cukup parah hinggakan aktiviti-aktiviti luar juga perlu dihentikan. Namun, bacaan baru oleh MyEQMS melaporkan indeks pencemaran udara dibawah 100. Maknanya cuma satu – outdoor activities are back.
Biarpun jogging, mendaki bukit atau tennis, aktiviti luar dapat memberikan perubahan pemandangan berbanding rutin yang sama di gym. Ia juga membuka ruang bersosial lantaran sifatnya yang mudah dilakukan tidak mengira peringkat umur. Jadi, sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah!
Lagu yang didengari ketika bersenam dapat mempengaruhi keseluruhan prestasi senaman. Untuk mendampingi senaman anda, GLAM Lelaki menghimpunkan 10 lagu bersenam penuh hype yang dijamin akan menaikkan suasana. Sama ada HipHop, Pop, atau K-Pop yang diminati, semua genre hadir melengkapi senarai ini.
1. Bruno Mars – Runaway Baby
2. Drake – Rich Baby Daddy
3. Miley Cyrus – Midnight Sky
4. Riize – Do Your Dance
5. Kendrick Lamar – tv off
6. Troye Sivan – What’s The Time Where You Are?
7. BLACKPINK – JUMP
8. Cardi B – Up
9. Rihanna – S&M
10. Charli XCX ft. Billie Eillish – Guess
Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI JUN 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











