COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi Autumn-Winter 2026.
Kali ini, COS mengadakan pertunjukan kelima secara berturut-turut di NYFW. Mereka menampilkan koleksi yang menggabungkan ketepatan tailoring moden dengan sentuhan glamor era 1920-an.
Berlangsung di bangunan ikonik WSA Building yang terletak di Financial District, New York, pertunjukan ini mengetengahkan suasana yang selari dengan karakter koleksi. Kemas, berstruktur dan sofistikated. Permainan cahaya dalam ruang tersebut turut mencerminkan pendekatan COS yang menitikberatkan bentuk, material dan perincian halus.

Palet Warna Neutral Dengan Sentuhan Ungu
Menerusi 47 look, koleksi ini hadir dengan palet warna yang didominasi rona kelabu sejuk, hitam dan navy. Rona coklat lembut serta warna neutral cerah pula memberikan sedikit kehangatan dan dimensi kepada keseluruhan koleksi.
Menariknya, COS menyelitkan aksen ungu yang lebih berani sebagai kontras kepada tona muted tersebut, memberikan elemen kejutan dalam koleksi yang secara keseluruhannya tampil understated.

Klasik Dengan Sentuhan 1920-an
Koleksi Autumn Winter 2026 turut memperlihatkan usaha COS menghubungkan elemen masa lalu dengan estetika moden. Rekaan klasik diberikan nafas baharu menerusi penekanan terhadap craftsmanship dan material. Double-faced cashmere hadir dalam bentuk siluet balutan yang menyelubungi tubuh, termasuk rekaan labuh maksimum, pinggang yang dikepit dan perincian kolar. Elemen seperti sulaman bunga dan fringing pula memberikan tekstur serta sentuhan feminin.
Kulit turut menjadi antara material utama, diterjemahkan menerusi binaan raw-cut yang lebih artisanal serta siluet klasik. Corak herringbone berinspirasikan gaya warisan pula melengkapkan sisi sofistikated koleksi ini.

Tailoring Lebih Relaks & Berstruktur Untuk Menswear
Bagi koleksi lelaki, COS mengekalkan pendekatan sartorial dengan fokus terhadap outerwear dan tailoring. Jaket dengan bukaan double-breasted serta perincian shoulder epaulettes memberikan karakter lebih maskulin dan kemas.
Dalam masa yang sama, koleksi ini turut menampilkan beberapa ikon almari pakaian seperti kemeja klasik dan half-zip knitwear. Proporsi yang lebih santai memberikan keseimbangan kepada rekaan yang berstruktur, manakala seluar hadir dalam pilihan potongan slim dan wide-leg. Untuk melengkapkan gaya, COS memilih aksesori yang lebih klasik seperti tali leher tona senada, kasut Derby dan loafers.

Barisan Selebriti Sebagai Tetamu
Pertunjukan COS Autumn Winter 2026 turut menyaksikan kehadiran sejumlah nama terkenal dari dunia hiburan antarabangsa. Antara yang mencuri perhatian ialah Park Gyuyoung, pelakon Korea Selatan dan duta jenama global COS. Selain itu, duta baharu mereka, KUN turut hadir. Turut hadir ialah pelakon Thailand Mew Suppasit, penyanyi Korea Selatan ELLA daripada MEOVV, serta artis dan personaliti Filipina Heart Evangelista.

Beberapa selebriti lelaki antarabangsa turut berada di barisan hadapan pertunjukan termasuk pelakon John Boyega, Dominic Sessa dan Diego Calva. Kehadiran barisan selebriti ini sekali gus menambahkan lagi kemeriahan pertunjukan COS di NYFW, selain memperlihatkan pengaruh jenama tersebut dalam kalangan bintang dari pelbagai industri dan latar budaya.
Beberapa rekaan terpilih daripada pertunjukan COS Autumn Winter 2026 juga sudah boleh didapati di butik COS dan laman rasminya, manakala koleksi lain akan dilancarkan secara berperingkat sepanjang musim.
Dengan menggabungkan ketepatan tailoring, material yang kaya tekstur serta rujukan halus kepada glamor 1920-an, koleksi ini sekali lagi membuktikan bagaimana COS meneruskan pendekatan minimalisnya sambil memberikan ruang kepada elemen yang lebih ekspresif dan dramatik.
Pautan berkaitan: THE WHOLE INDUSTRY IS HERE! 8 BINTANG ASIA DI PERTUNJUKAN FESYEN TOMMY HILFIGER SS27
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











