Skip to content

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

Kongsikan artikel ini

Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.

Pemuda 20 tahun dari kumpulan ALPHA mula meraih perhaitan selepas menyertai Big Stage Alpha pada tahun lepas. Kini, dia menjadi antara wajah yang mewarnai majalah GLAM Lelaki Volume 4.

Sky memulakan perjalanannya dalam bidang muzik sebagai penyanyi jalanan atau busker. Dia dan ayahnya membentuk duo yang dikenali sebagai Sky Busker. Namun, dunianya mula berubah selepas menyertai dan memenangi tempat ketujuh dalam pertandingan nyanyian Big Stage Alpha pada tahun lepas.

Selain rupa yang memikat, Afiq Sky juga menarik minat dengan wataknya yang bukan sahaja ceria, malah hyper… in a good way. Dia juga sentiasa selesa berkongsikan hubungan rapatnya bersama adik-beradik dan keluarga. Lihatkan sorotan persona lain yang menonjol disebalik ahli kumpulan M-Pop ini.

 

Tarikh lahir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIQ SKY (@afiqsky_)

Sky merupakan seorang Sagittarius, dilahirkan pada tanggal pertama bulan terakhir, iaitu 1 Disember.

 

Sky Busker

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIQ SKY (@afiqsky_)

Sebelum menyertai Big Stage ALPHA, Sky dan ayahnya merupakan buskers yang rajin membuat livestream di TikTok. Dengan nama gelaran Sky Busker, Sky juga pernah membuat persembahan secara langsung di Nasi Lemak Kopi O.

 

Lagu kegemaran

@afiq_sky Waktu Yang Salah – Fiersa Besari cover by #skybusker ♬ original sound – Sky_busker – SKY

Meneliti video-video lama TikTok Sky akan mendedahkan sebuah lagu yang dia sering nyanyikan, iaitu Waktu Yang Salah nyanyian asal Fiersa Besari.

 

Adik beradik sulung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bond Azli (@bondazli)

Meskipun merupakan seorang bongsu dalam kumpulan ALPHA, Afiq merupakan seorang abang sulung dalam tiga adik-beradik. Kedua-dua adiknya merupakan adik perempuan.

 

One in a Million

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIQ SKY (@afiqsky_)

Sky pernah menyertai uji bakat One in a Million, namun tidak berkesampaian untuk maju ke peringkat seterusnya. Namun, semuanya memberi makna setelah dia meraih tempat ketujuh bagi Big Stage Alpha.

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

Bacaan Lanjut
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
ALPHA

5 LAGU ALPHA MESTI TAHU SEMPENA DEBUT ALBUM PERTAMA ALPHA JUN INI!

Bacaan Lanjut