GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style’s Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
GLAM Lelaki kembali meneruskan tradisi meraikan barisan individu berpengaruh menerusi GL The Man Awards 2026, sebuah acara berprestij yang mengiktiraf lelaki yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing. Malah, menyerlah menerusi stail, karisma serta pengaruh yang mampu memberi inspirasi. Memasuki tahun kedua penganjurannya, GL The Man Awards 2026 bakal mempersembahkan 10 anugerah serta satu anugerah istimewa kepada lelaki yang mencipta impak dalam pelbagai bidang. Menariknya, seperti edisi terdahulu, GLAM Lelaki sekali lagi disertai seorang Co-Chair dalam proses pemilihan penerima anugerah. Untuk tahun ini, seorang individu yang sangat berbakat dan dikenali dengan gaya tersendiri (akan diumumkan nanti) diberi kepercayaan untuk bersama-sama menentukan barisan penerima anugerah.
Daripada 10 kategori yang diraikan, sembilan penerima akan dipilih oleh GLAM Lelaki bersama Co-Chair, Aedy Ashraf, berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sementara itu, satu anugerah istimewa, GL The Man Awards 2026 Style’s Choice. Serta satu lagi anugerah yang diwujudkan khas kolaborasi bersama label fesyen, ZEVE.
Ia membuka ruang kepada pengikut GLAM Lelaki untuk menentukan pilihan mereka menerusi undian. Ini merupakan peluang buat para pengikut untuk memilih figura lelaki yang dirasakan paling layak menerima pengiktirafan sebagai stail pilihan tahun ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyumbangkan ‘suara’ anda dan menjadi sebahagian daripada detik penting GL The Man Awards 2026.
Undian dibuka sehingga 14 Oktober 2026. Undi calon pilihan anda sekarang dan tentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Style’s Choice tahun ini.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?
Berikut merupakan lima nama lain yang GLAM Lelaki rasa wajar bergelar “The Style Hero”. Maybe next year's GL The Man Awards?
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".











