LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
Arloji penuh sejarah namun bercorak moden. Itulah Louis Vuitton Tambour Convergence, dimana petunjuk jam dan minit dipaparkan melalui cakera berbingkai dengan bukaan melengkung dengan pinggir beralun – menggemakan reka bentuk jam tangan montres à guichet yang luas dikenali. Satu desain yang juga mengimbau elemen seni bina dalaman dari kediaman keluarga di Asnières.

Sanktuari Louis Vuitton di Asnières.
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan. Dengan tahap kekerasan 1130 Vickers yang hampir setanding dengan seramik berteknologi tinggi, calar-calar kecil tidak terlihat pada kemasan cermin. Gred keluli tahan karat khusus ini juga digunakan dalam implan perubatan dan mengandungi kadar bendasing yang sangat rendah, menghasilkan permukaan berkilau menyerupai cermin.
Seni bina dan mekanisme pergerakan

Keluaran terbaru ini hadir dalam keluasan 37mm dan ketebalan 8mm. Tersembunyi di sebalik luarannya adalah pergerakan automatik self-winding kaliber LFT MA01.01. Ia menandakan manufacture movement pertama La Fabrique du Temps Louis Vuitton yang direka khusus untuk paparan waktu.
Padat, teguh, dan direka untuk kebolehpercayaan harian. Louis Vuitton Tambour Convergence Mirror Steel bernadi pada frekuensi moden 4Hz dan mempunyai rizab kuasa selama 45 jam. Dapat dilihat melalui penutup belakang kristal nilam, seni bina dan kemasan yang diperhalusi dengan teliti mencerminkan kecanggihan jam tangan itu sendiri. Ciri-ciri jam tangan yang dianggap lazim, seperti kerangka keluli, bentuk bulat klasik, dan paparan masa gaya guichet, kini diangkat ke tahap yang lebih tinggi menerusi prestasi bahan yang luar biasa.
Melalui interpretasi terkini Tambour Convergence ini, Louis Vuitton terus mengukuhkan kedudukan dalam dunia pembuatan jam tangan mewah kontemporari. Satu ruang di mana kepintaran teknikal, inovasi bahan, dan keyakinan dalam reka bentuk bertemu.
Artikel berkaitan: MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC
Louis Vuitton Pop-Up Art of Gifting di Suria KLCC Mall, menampilkan seleksi eksklusif hadiah, personalisasi produk & pengalaman imersif.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.











