RESPON JACKMAN JIKA SRK INGIN GALAS WATAK WOLVERINE
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi pilihan Hugh Jackman bagi menggantikan beliau untuk watak Wolverine. Melalui satu temubual Jackman dengan media antarabangsa baru-baru ini, Jackman ditanya mengenai siapakah pelakon lelaki yang sesuai dan layak meneruskan legasi karekter popular itu.
Aktor kelahiran Australia itu sudah memainkan watak tersebut selama 16 tahun dan filem Logan adalah filem kesepuluh dan terakhirnya. Jackman pertama kali tampil dengan karakter tersebut menerusi filem X-Men pada tahun 2000.
“Saya rasa Shah Rukh Khan boleh memainkan watak mutan tersebut,” ujar Jackman kepada media antarabangsa. Umum tahu filem Logan yang kini sudah ditayangkan adalah filem terakhir Jackman tampil memegang watak Wolverine.
Tidak pasti sama ada Jackman bergurau atau tidak. Mungkin ini hanyalah satu cadangan dari Jackman namun belum ada kata putus jika produksi X-Men mengambil serius kata-kata Jackman tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
“Saya ok saja melihat mana-mana aktor melakonkan watak ini kerana Wolverine punya ramai peminat dari dunia. Watak Wolverine ada 6 origin kesemuanya. Saya juga ingin melihat sejauh mana watak ini berkembang. Harapan saya biar ia hebat dan setanding. Jika ia lebih hebat sedikitpun tidak mengapa. Jika ramai yang berkata ‘akhirnya…’, pasti sukar untuk saya terima”, jelas Jackman dalam temubual bersama laman filmfare.com.
Filem arahan James Mangolf yang bertajuk Logan sudah ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 2 Mac 2017.
Sumber: Filmfare.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.












