Skip to content

JUSTIN TRUDEAU SERU PENGLIBATAN LELAKI SEMPENA IWD

Kongsikan artikel ini

Perdana menteri kacak dari Kanada, Justin Trudeau terus ‘mengejutkan’ dunia dengan inisiatifnya yang menyeru lebih banyak penglibatan dari kaum lelaki bersempena Hari Wanita Sedunia yang diraikan selasa lepas.  Selaku Perdana Menteri ke-23 Kanada yang juga seorang feminist, Justin Trudeau telah berkongsi sebuah video di akaun Twitter rasminya bersempena International Women’s Day.

 

Dalam video tersebut Justin Trudeau mengingatkan kepada mereka yang sedang menyaksikan video tersebut agar bangkit menewaskan  diskriminasi dan ketidakadilan  yang dihadapi oleh golongan wanita.

“Pesanan saya kepada golongan lelaki adalah hak wanita adalah hak bagi semua orang. Kita tahu bahawa masyarakat adalah lebih baik — lebih makmur, lebih stabil, lebih aman, lebih bersatu — apabila hak wanita dihormati, dan apabila wanita dihargai, berkuasa dan diberi peluang untuk menjadi peneraju dalam komuniti kita,” seru PM Trudeau.

PM Trudeau juga turut menyatakan bahawa beliau dan isteri, Sophie Grégoire, telah mendidik ketiga-tiga anak mereka untuk percaya yang dunia yang mengamalkan keamarataan adalah dunia yang lebih baik dan berkuasa. Sebelum ini PM Trudeau telah menarik perhatian feminist sedunia semasa beliau melantik wanita untuk 50% daripada kabinet beliau dan sebab beliau: “because it’s 2015.”

Jadi, buat semua lelaki di luar sana, beranikan anda menyahut cabaran dan seruan Justin?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut