Skip to content

MARK ZUCKERBERG BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

Kongsikan artikel ini

Pengasas Facebook Inc, Mark Zuckerberg dan isteri, Priscilla Chan, semalam mengumumkan bahawa mereka bakal menimbang cahaya mata kedua, iaitu seorang perempuan tidak lagi. Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Zuckerberg di akaun Facebooknya sendiri. Khabarnya, sebelum ini pasangan itu dikatakan enggan untuk menimang seorang lagi cahaya mata berikutan berdepan masalah ketika proses kehamilan anak pertama mereka yang lahir pada 2015.

“Saya tidak tahu hadiah yang paling baik, selain memberinya seorang adik dan saya gembira kerana Max serta anak kami yang bakal lahir mempunyai satu sama lain,” kata Zuckerberg. Anak pertama mereka, Max, menjadi tumpuan dunia sekitar tahun lalu, selepas Zuckerberg memuat naik gambarnya ketika sedang mengambil suntikan imunisasi, sekali gus mencetuskan perdebatan di Facebook berhubung pengambilan vaksin.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama saham Facebook mencecah AS$138.57 (RM616.80), yang meningkatkan jangkaan pertumbuhan dalam pasaran yang lebih bebas. Yang menariknya, Majalah Forbes melaporkan Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$57.8 bilion (RM257.2 bilion). Tahniah Marc!!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Mac 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN SELEBRITI PENUH GAYA DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Bacaan Lanjut