Skip to content

12 TAMAN TEMA AIR TERBAIK HARUS ANDA SEKELUARGA KUNJUNGI

Kongsikan artikel ini
4 of 13

3. LEGOLAND

Terletak di Iskandar Puteri, Johor Malaysia, Lost World of Tambun telah dibuka pada tahun 2012. Legoland Malaysia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan juga taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysa. Ia juga taman tema Legoland yang ke enam yang dibuka sejak dibuka pada pertama kali pada tahun 1968 di Billund, Denmark.

Waktu Operasi: Taman tema air Legoland akan dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang manakala taman temanya dibuka pada pada jam 10 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari Isnin sehingga Khamis dan 10 pagi sehingga 7 malam pada setiap hari Jumaat sehingga Ahad.

Harga Tiket: Tiket kemasukan selama sehari adalah RM 200 untuk dewasa (umur 12 tahun sehingga 59 tahun) manakala untuk kanak-kanak (usia tiga tahun sehingga 11 tahun) dan warga emas ( usia 60 tahun ke atas) adalah RM160. Jika anda hanya ingin bermain di taman tema air, harga tiket untuk dewasa (umur 12 tahun sehingga 59 tahun) adalah RM104 dan bagi kanak-kanak (usia tiga tahun sehingga 11 tahun) dan warga emas ( usia 60 tahun ke atas) adalah RM88.

Kemudahan: Anda boleh bermalam di Hotel Legoland yang menawarkan pelbagai jenis bilik namun yang menjadi tarikan adalah bilik yang bertema seperti Lanun, penggembaraan, fantasi dan ninja. Setiap harga bilik yang bertema ini bermula daripada RM650 untuk setiap bilik. Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang lazat yang turut disediakan di taman tema ini. Pihak Legoland turut menyediakan bas dari Swiss-Garden Hotel & Resident Kuala Lumpur, Jalan Pudu menuju ke Legoland. Bas akan mulakan operasi pada 7 pagi sehingga 6.30 petang. Harga tiket adalah RM57 untuk semua golongan.

Layari laman sesawang Legoland Malaysia atau sosial media Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat lanjut.

4 of 13

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tanah Gajah Ubud Bali

OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut