5 CARA TERBAIK UNTUK ATASI KRISIS DALAM HUBUNGAN
Mengapa wujudnya krisis dalam hubungan cinta atau krisis rumah tangga? Adakah si dia tidak memberi komitmen yang tinggi dalam hubungan atau anda kurang fasih untuk membina hubungan berkualiti?
Hari ini, perpisahan mahupun perceraian acapkali menjadi berita utama di dada-dada akhbar baik di dalam mahupun di luar negara. Kadang kala kita tidak sangka mereka yang sudahpun bersama beberapa tahun juga memutuskan untuk berpisah.
Hubungan cinta sesama pasangan mahupun suami isteri ibaratkan belayar di lautan, ada ketikanya tenang, ada kalanya ada pancaroba yang tidak disangka. Namun begitu, dalam setiap hubungan ada caranya untuk kembalikan rasa cinta dan magis bersama.
5 Cara Atasi Krisis Rumah Tangga dan Masalah Cinta
Tidak pasti apakah jalan terbaik untuk memastikan anda berdua sentiasa bahagia? Kami di GLAM Lelaki bariskan lima cara atasi krisis dalam hubungan yang anda perlu tahu.
1.ELAKKAN PENIPUAN
Mengapa harus menipu dalam hubungan? Sifat jujur merupakan kunci utama untuk mengekalkan hubungan bersama pasangan.

Foto: Freepik
Jangan sesekali memulakan penipuan kerana ia boleh menimbulkan permasalahan bersama si dia. Tidak kira sama ada perkara besar atau kecil, sentiasa berlaku jujur kepada pasangan anda, dan usah berselindung di balik bayangan sendiri. Takut nanti, esok lusa, penipuan anda terbongkar dan pasangan anda langsung tidak menaruh kepercayaan terhadap anda.
Apa yang lebih teruk, si dia juga akan membuat perkara yang sama dan akhirnya akan menyebabkan hubungan bertukar negatif. Terapkan kepercayaan, kejujuran dalam keikhlasan dalam hubungan anda untuk membina rasa cinta yang lebih manis.
2. CEMBURU PUNCA KRISIS RUMAH TANGGA
Cemburu tanda sayang? Ya, benar. Namun, usahlah ada perasaan cemburu yang begitu serius hingga menyebabkan pasangan anda tidak bebas untuk berkawan dan terasa dikongkong.
Sifat cemburu yang terlampau akan menyebabkan anda berasa marah, emosi kurang stabil dan hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang mungkin tidak disukai oleh pasangan anda.
Selain itu, pasangan anda akan mula khuatir dan timbul keraguan terhadap kepercayaan anda pada si dia. Jelas, sikap cemburu anda haruslah kena dengan tempat, masa, dan situasi untuk mengelakkan masalah dalam hubungan anda.
3. KOMUNIKASI
Komunikasi, komunikasi, komunikasi. Terutamanya kepada golongan muda, kurang berkomunikasi adalah penyebab utama hubungan jadi dingin.

Foto: Freepik
Perasaan cemburu, penipuan, dendam dan sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Luahkan saja perasaan tidak puas hati kepada pasangan. Jangan gentar untuk menjadi seorang yang jujur.
Ambil masa untuk duduk berdiskusi, berbincang tentang perihal hubungan dan selesaikannya bersama. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan lagi diri anda bersama si dia.
4. JANGAN AMBIL MUDAH
Kadang-kala, jika sesebuah hubungan itu sudah berada dalam tempoh yang lama, pasangan akan mula mengambil mudah mengenai hubungan cinta yang terjalin. Sudah tidak sehangat waktu pertama kali bercinta.
Mengapa harus begitu? Seharusnya, semakin lama tempoh hubungan itu, semakin fasih setiap pasangan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.
Pelajari dan fahami perkara terbaik untuk membuat pasangan anda bahagia. Dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda cukup arif tentang karakter si dia. Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin supaya hubungan anda kekal lama. Jangan ambil ringan dan sentiasalah berusaha untuk menjadikan hubungan bersama si dia lebih berkualiti.
5. ELAK PERBANDINGAN
Perbandingan adalah perkara tidak wajar dilakukan dalam sesebuah hubungan. Sebagai contoh, sesetengah pasangan kerap kali membandingkan hubungan sekarang dan masa lampau. Usah bangkitkan cerita lama. Ini akan menyebabkan si dia rasa khuatir terhadap anda.

Foto: Freepik
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang membuat perbandingan tentang bentuk badan, rupa paras ataupun cara pemakaian pasangan dengan orang lain. Hal ini menyebabkan pasangan akan hilang kepercayaan pada anda dan secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hubungan anda.
Jadi, usah membuat perbandingan, namun menasihati sesama lain adalah perkara paling bagus.
Kadang kala isu timbul dalam hubungan tanpa sebab yang munasabah. Ada yang rasa kurang yakin dengan hubungan kerana mereka tidak pernah mempunyai hubungan stabil sebelum ini. Ada pula mungkin masih trauma kerana hubungan yang lalu. Yang paling penting, bagi mengatasi krisis rumah tangga ini anda dan pasangan perlu berbicara secara jujur antara satu sama lain dan jangan assume si dia boleh membaca minda anda.
Teks: Putra Mokhter
Artikel berkaitan: JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT YANG LELAKI PERLU AMBIL TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Ketahui jenama fesyen dari Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia. Landskap fesyen di Malaysia kini sedang mengalami satu fasa transformasi yang cukup menarik. Peminat gaya tempatan mula beralih arah kepada jenama-jenama dari negara jiran, Indonesia. Kualiti buatan dan rekaan yang unik menjadi faktor utama tarikan ini….
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Update trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin nan stylish anda. Dunia fesyen lelaki tahun 2026 menyaksikan perubahan drastik dalam pemilihan alas kaki. Trend kali ini menggabungkan elemen keselesaan dan estetika yang berani. Setiap langkah kini menjadi kenyataan gaya yang sangat…
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.











