Skip to content

5 FILEM TERBURUK LAKONAN AKTOR POPULAR, MENURUT IMDB

5 FILEM TERBURUK LAKONAN AKTOR POPULAR, MENURUT IMDB

Kongsikan artikel ini

‘Filem terburuk sepanjang masa’ seperti yang disenaraikan oleh IMDb atau Rotten Tomatoes sangat subjektif untuk diperkatakan.

Bagaimanapun tidak dinafikan terdapat banyak naskah yang ‘diiktiraf’ global sebagai filem terburuk atas sebab-sebab tertentu. Antaranya kerana tidak mempunyai daya tarikan, jalan cerita membosankan atau mengandungi unsur lawak tidak menjadi.

Ironinya, filem-filem ini juga berguna kerana memberi peringatan kepada penerbit tentang filem apa yang tidak patut dihasilkan. Terdapat banyak filem lakonan aktor terkenal yang meraih penilaian rendah daripada pengkritik.

Ini lima filem terburuk pilihan IMDb

 

5. A Thousand Words (2012)

Dibintangi Oleh: Eddie Murphy, Cliff Curtis, Kerry Washington, Clark Duke, Emanuel Ragsdale

Skor IMDb: 5.8/10

Pelawak lagenda, Eddie Murphy terkenal dengan bakatnya yang luar biasa. Bagaimanapun filem komedi gelap ini membuat kesilapan besar dengan ‘merampas’ aset terbesar Eddie – suaranya. A Thousand Words cuba menampilkan elemen kekeluargaan dengan sentuhan magis dan surealisme, mengambil inspirasi daripada filem Liar Liar. Malangnya ia tidak menjadi dan dianggap sebagai filem terburuk aktor itu kerana gagal menyerlahkan tenaga, semangat dan keunikan dirinya.

 

4. Gotti (2018)

Dibintangi Oleh: John Travolta, Spencer Rocco Lofranco, Kelly Preston, Stacy Keach, Pruitt Taylor Vince

Skor IMDb: 4.8/10

John Travolta mempersembahkan mutu lakonan hebat dalam kebanyakan filem yang dibintanginya. Justeru tidak adil jika bakatnya hanya dinilai menerusi Gotti, filem biopik jenayah yang digelar terburuk dalam sejarah. Ia menggabungkan jalan cerita huru-hara, lompatan masa tidak masuk akal, penceritaan terus ke kamera dan struktur kucar-kacir yang sukar difahami.

 

3. The Wicker Man (2006)

Dibintangi Oleh: Nicolas Cage, Ellen Burstyn, Leelee Sobieski, Kate Beahan, Frances Conroy

Skor IMDb: 3.8/10

Filem ini sepatutnya menampilkan elemen seram dan misteri namun tanpa sengaja bertukar menjadi lucu. Ia ditulis dan diarahkan oleh Neil LaBute berdasarkan novel seram tahun 1967, Ritual oleh David Pinner. Filem ini gagal menyampaikan kisah daripada novel asal, bagaimanapun lakonan Nicolas Cage sebagai penagih dadah mendapat pujian.

 

2. Ballistic: Ecks vs. Sever (2002)

Dibintangi Oleh: Antonio Banderas, Lucy Liu, Talisa Soto, Gregg Henry, Ray Park

Skor IMDb: 3.7/10

Filem aksi seram ini menampilkan pelakon berbakat besar seperti Antonio Banderas dan Lucy Liu namun gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam. Walaupun secara teknikalnya ia adalah filem aksi, jalan ceritanya terlalu perlahan dan membosankan penonton. Menurut Rotten Tomatoes, ia amat mengecewakan dan langsung tidak berbaloi untuk ditonton.

 

1. Left Behind (2014)

Dibintangi Oleh: Nicolas Cage, Lea Thompson, Cassi Thomson, Chad Michael Murray, Nicky Whelan

Skor IMDb: 3.1/10

Sebelum meraih populariti menerusi filem seperti Pig dan Mandy, Nicolas Cage terlibat dalam naskah terburuk seperti Left Behind. Filem yang diadaptasi daripada novel keagamaan ini menceritakan kisah fiksyen tentang keghairahan dan mereka yang ditinggalkan. Jalan ceritanya dianggap membosankan dan kelemahan utamanya adalah mensia-siakan bakat luar biasa pelakon utama. Satu-satunya perkara penting yang dilakukan watak Nicolas Cage dalam filem ini adalah menerbangkan kapal terbang.

 

Foto: The Gamer

Pautan berkaitan: 5 FILEM MENCABAR MINDA TERBAIK YANG PERNAH DIHASILKAN HOLLYWOOD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
NICOLAS CAGE TERIMA STANDING OVATION ENAM MINIT UNTUK FILEM THE SURFER

NICOLAS CAGE TERIMA STANDING OVATION ENAM MINIT UNTUK FILEM THE SURFER

Bacaan Lanjut
5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

Bacaan Lanjut
3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

Bacaan Lanjut