5 FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM NOVEMBER INI
Tahun 2023 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi namun layar perak tidak sepi daripada filem-filem hebat walaupun pada hujung tahun.
Bulan-bulan terakhir 2023 menyajikan pelbagai karya luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama. Tidak lupa juga naskah terkenal yang telah lama dinantikan peminat antaranya The Marvels dan Trolls Band Together.
Lihat lima filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada November ini
The Marvels
Tarikh tayangan: 10 November 2023
Dibintangi oleh: Brie Larson, Park Seo Joon, Iman Vellani, Teyonah Parris, Gemma Chan, Zawe Ashton
Sekuel Captain Marvel tahun 2019 ini menyaksikan Brie Larson menghidupkan semula watak adi wiranya merangkap Carol Danvers. Ia menyaksikan Carol, Kamala Khan dan Monica Rambeau bertukar tempat tanpa sengaja ketika menggunakan kuasa masing-masing. Justeru, mereka perlu bekerjasama untuk mencari puncanya.
The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds And Snakes
Tarikh tayangan: 16 November 2023
Dibintangi oleh: Tom Blyth, Rachel Zegler, Josh Andrés Rivera, Hunter Schafer, Jason Schwartzman, Burn Gorman, Peter Dinklage, Viola Davis
Lama sebelum bergelar Presiden Panem yang zalim, Coriolanus Snow yang baru berusia 18 tahun menjadi harapan terakhir keturunannya. Keluarganya yang pernah menjadi kebanggaan tumbang selepas perang Capitol.
Dengan ulang tahun ke-10 Hunger Games yang semakin hampir, Snow berasa cemas apabila ditugaskan menjadi mentor Lucy Gray Baird, gadis miskin dari District 12. Bagaimanapun mereka akhirnya bersatu dan menggunakan ilmu politik yang baru dipelajari untuk mendedahkan siapakah ‘songbird’ dan siapakah ‘snake’.
Trolls Band Together
Tarikh tayangan: 16 November 2023
Dibintangi oleh: Anna Kendrick, Justin Timberlake, Camila Cabello, Eric Andre, Amy Schumer, Daveed Diggs, RuPaul, Troye Sivan
Poppy dan Branch kini secara rasminya bergelar pasangan kekasih. Kala hubungan mereka semakin rapat, Poppy mendapat tahu Branch pernah menjadi ahli kumpulan kegemarannya, BroZone bersama empat abangnya: Floyd, John Dory, Spruce dan Clay.
Apabila Floyd diculik oleh penjahat jahat, Branch dan Poppy memulakan perjalanan mengerikan dan penuh emosi untuk menyelamatkannya dan menyatukan semula adik-beradik itu.
Napoleon
Tarikh tayangan: 30 November 2023
Dibintangi oleh: Joaquin Phoenix, Vanessa Kirby, Tahar Rahim, Edouard Philipponnat, Matthew Needham
Filem ini memaparkan pandangan peribadi tentang asal usul Napoleon Bonaparte serta pendakiannya yang pantas dan kejam untuk menjadi maharaja. Ia dilihat melalui prisma ketagihannya dan hubungan tidak menentu dengan isteri dan satu-satu cinta sejatinya, Josephine.
Thanksgiving
Tarikh tayangan: 30 November 2023
Dibintangi oleh: Patrick Dempsey, Addison Rae, Milo Manheim, Jalen Thomas Brooks, Nell Verlaque, Rick Hoffman, Gina Gershon
Selepas rusuhan Black Friday berakhir dengan tragedi, pembunuh misteri yang dinspirasikan oleh Thanksgiving mengganas di Plymouth, Massachusetts. Pembunuhan yang pada awalnya dilihat bermotifkan balas dendam rupanya adalah sebahagian daripada rancangan jahat yang lebih besar.
Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK HRITHIK ROSHAN MENURUT ROTTEN TOMATOES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH
Dalam prekuel The Hunger Games, Tom Blyth menjayakan watak Coriolanus Snow ketika muda, sebelum dia menjadi presiden Panem yang zalim.
10 FILEM HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA PADA SUKU AKHIR 2023
Tahun 2023 bakal melabuhkan tirai namun layar perak tidak sepi daripada filem-filem hebat walaupun pada hujung tahun.
NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU
Selepas 23 tahun, NSYNC membuat kejutan dengan mengumumkan pelancaran lagu terbaharu yang bakal menemui peminat pada 29 September.
KESILAPAN DALAM OPPENHEIMER: KECUAIAN ATAU DISENGAJAKAN?
Internet kini hangat membahaskan satu khilaf jelas dalam filem pecah panggung terbaru arahan Christopher Nolan.
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA
Timothee Chalamet mengikut jejak langkah Gene Wilder dan Johnny Depp dengan menggalas watak Willy Wonka dalam prekuel terbaru.
6 FILEM HEBAT BAKAL MENGGEGARKAN PAWAGAM JULAI INI
Sama ada anda peminat filem seram, aksi, fantasi mahupun komedi, pasti ada satu yang menepati cita rasa anda untuk ditonton bulan ini.