5 KATEGORI LELAKI MASA KINI, ANDA YANG MANA SATU?
Jangan terkejut, lelaki juga punya jenisnya! Yang pasti, setiap kategori mendefinisi siapakah anda yang sebenar. Tahukah anda, ada lima jenis kategori lelaki di dalam dunia ini. The question is, which type are you? Jom kita intai, dan anda ukurnya sendiri okey!
—
1. HETEROSEKSUAL
Lelaki jenis ini adalah lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia, di mana mereka mempunyai minat serta nafsu yang normal iaitu pada jantina berbeza (wanita). Lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet dari segi penampilan. Mereka hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah.
2. UBERSEKSUAL
Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh. Senang cerita, Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh, malah melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi.
3. METROSEKSUAL
Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri. Golongan lelaki jenis ini juga obses dengan penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui cara pemakaian serta penjagaan tubuh malah terbuka untuk berbicara mengenai fesyen serta penampilan. Malahan, ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang untuk memastikan diri tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk ke spa, apatah lagi peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen.
4. BISEKSUAL
Lelaki dalam kategori biseksual merupakan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Yang pasti, golongan lelaki ini ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Dari segi fizikal pula, lelaki biseksual kebiasaanya adalah ‘lelaki’ yang berperwatakan sedikit lembut.
5. HOMOSEKSUAL
Lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Mereka juga mementingkan perwatakan menarik agar dapat menangkap mangsa. Namun, tidak semua yang lembut itu homoseksual atau gay.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami...
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!