Skip to content

JUSTIN BIEBER DEDAH HIDAP LYME DISEASE AKIBAT DEPRESI

Kongsikan artikel ini

Penyanyi cilik yang dahulunya popular dengan lagu Baby, Justin Bieber kini dilihat sudah matang dalam mengharungi kehidupannya. Selepas berkahwin dengan Hailey Baldwin, Justin dilihat dewasa seiring dengan usianya yang semakin meningkat. Namun, tidak semuanya indah buat Justin. Penyanyi berusia 25 tahun yang baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Yummy mendedahkan dirinya kini menghidapi satu penyakit yang boleh dikatakan kritikal.

Foto: Instagram @justinbieber

Justin Bieber mendedahkan dirinya disahkan menghidap penyakit Lyme. Apatah lagi dirinya mengakui sangat sedih sehingga mengalami depresi apabila menerima kecaman yang dilemparkan terhadapnya ketika dia sedang bertarung dengan penyakit itu.

Jelas Justin, “Apabila terlalu ramai yang memberi komen kehidupan saya semakin tidak tentu arah, saya kelihatan tidak terurus seperti seorang penagih dadah, tanpa mereka sedari saya sebenarnya telah lama didiagnos menghidap penyakit Lyme, malah memberi kesan kepada kulit, tenaga dan kesihatan saya.”

Bieber memaklumkan mengenai berita sedih itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Justin turut akan berkongsi perjuangannya melawan penyakit yang tidak mempunyai penawar itu menerusi sebuah dokumentari yang akan dimuat naik ke laman YouTube, pada 27 Januari nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sedikit fakta tentang penyakit Lyme yang perlu anda tahu:

  1. National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS) menyatakan penyakit ini adalah disebabkan oleh gigitan kutu (black legged) yang dijangkiti bakteria borrelia burgdorferi.
  2. Berdasarkan laman sesawang Very Well Health, penyakit Lyme terdiri dari tiga tahap, iaitu:- Tahap 1: penyakit Lyme lokal, jangkitan terjadi pada satu-satu kawasan tubuh.- Tahap 2: penyakit Lyme awal, bakteria mulai tersebar ke kawasan tubuh yang lain dan tertentu.- Tahap 3: penyakit Lyme akhir, bakteria menyebar ke seluruh tubuh.
  3. Kaedah perubatan terbaik untuk penyakit Lyme adalah meneursi pencegahan, iaitu dengan mengamalkan kewaspadaan ketika berjalan di hutan, hindari kawasan yang lebat dan berumput.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut