Skip to content

5 KATEGORI LELAKI MASA KINI, ANDA YANG MANA SATU?

Kongsikan artikel ini

Jangan terkejut, lelaki juga punya jenisnya! Yang pasti, setiap kategori mendefinisi siapakah anda yang sebenar. Tahukah anda, ada lima jenis kategori lelaki di dalam dunia ini. The question is, which type are you? Jom kita intai, dan anda ukurnya sendiri okey!

 

1. HETEROSEKSUAL

Lelaki jenis ini adalah lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia, di mana mereka mempunyai minat serta nafsu yang normal iaitu pada jantina berbeza (wanita). Lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet dari segi penampilan. Mereka hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah.

 

2. UBERSEKSUAL

Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh. Senang cerita, Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh, malah melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi.

 

3. METROSEKSUAL

Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri. Golongan lelaki jenis ini juga obses dengan penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui cara pemakaian serta penjagaan tubuh malah terbuka untuk berbicara mengenai fesyen serta penampilan. Malahan, ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang untuk memastikan diri tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk  ke spa, apatah lagi peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen.

 

4. BISEKSUAL

Lelaki dalam kategori biseksual merupakan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Yang pasti, golongan lelaki ini ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Dari segi fizikal pula, lelaki biseksual kebiasaanya adalah ‘lelaki’ yang berperwatakan sedikit lembut.

 

5. HOMOSEKSUAL

Lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Mereka juga mementingkan perwatakan menarik agar dapat menangkap mangsa. Namun, tidak semua yang lembut itu homoseksual atau gay.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

zakar Lelaki

10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut