Skip to content

5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

Kongsikan artikel ini

K-drama bergenre aksi dan seram menjadi kegemaran ramai lelaki, namun siri berunsur percintaan juga mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Sejak berdekad lalu siri romantis dan sweet berjaya memikat hati penonton yang gemarkan plot cerita santai dan ringan, terutama yang melibatkan orang ketiga. Antara drama Korea yang masih menjadi sebutan sehingga kini adalah Full House (2004) lakonan Rain, Song Hye Kyo dan Han Eun Jung.

GL senaraikan lima lagi K-Drama romantik terbaik menurut IMDb

 

1. Reply 1988 (2015)

Tajuk asal: Eung Dab Ha Ra 1988

Dibintangi oleh: Hyeri Lee, Go Kyung Pyo, Ryu Jun Yeol

Skor IMDb: 9.2/10

Drama komedi fantasi 20 episod ni menampilkan barisan pelakon hebat Korea Selatan. Jalan ceritanya membuatkan anda ketagih dan tidak sabar mahu menonton dari satu episod ke episod seterusnya. Ia menyusuri kehidupan lima keluarga yang tinggal di kawasan kejiranan Ssangmundong di Seoul pada tahun 1988. Ia turut memaparkan kisah bagaimana Choi Taek dan Kim Jung Hwan jatuh cinta dengan wanita yang sama, Sung Deok Sun.

 

2. Hometown Cha Cha Cha (2021)

Tajuk asal: Gaet Na Eul Cha Cha Cha

Dibintangi oleh: Shin Min A, Kim Seon Ho, Gina Su

Skor IMDb: 8.4/10

Salah sebuah drama Korea terbaik di Netflix ini memaparkan kisah dua individu yang tinggal berhampiran kawasan pantai. Ia menyaksikan bagaimana seorang doktor gigi perfectionist diam-diam jatuh cinta dengan seorang pekerja rencam, Hong Du Sik atau lebih dikenali sebagai Chief Hong.

 

3. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016)

Tajuk asal: Teokdoyojeong Gim Bokju

Dibintangi oleh: Lee Sing Kyoung, Na Joo Hyuk, Jae Yoon Lee

Skor IMDb: 8.2/10

Drama romantik ini menampilkan kisah cinta tiga segi yang agak menarik. Ia menyaksikan ikatan antara Kim Bok Joo dan Jung Joon Hyung yang terjalin sejak kecil. Plot bertukar kontroversi setelah terdedahnya rahsia bahawa Kim Bok Joo sebenarnya mencintai abang Jung Joon Hyung yang bergelar doktor, Jung Jae Yi.

 

4. Strong Girl Bong Soon (2017)

Tajuk asal: Him Ssen Yeo Ja Do Bong Soon

Dibintangi oleh: Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo

Skor IMDb: 8.2/10

Drama jenayah komedi ini memaparkan kisah cinta tiga segi melibatkan Do Bong Soon, watak yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa. Dia jatuh cinta dengan rakan zaman kanak-kanaknya yang kini bergelar seorang polis. Jalan cerita bertambah menarik apabila Do Bong Soon berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat permainan yang bernama An Min Hyuk.

 

5. Our Beloved Summer (2021)

Tajuk asal: Geu Hae Urineum

Dibintangi oleh:Choi Woo Sik, Kim Da Mi, Park Jin Joo

Skor IMDb: 8.2/10

Drama ini berkisar tentang Choi Ung, seorang pelukis ilustrasi berbakat besar dan bekas teman wanitanya yang merupakan pegawai perhubungan awam, Kook Yeon Soo. Bertahun-tahun selepas merakam dokumentari yang tular di sekolah menengah, mereka kembali bersatu di hadapan kamera dan dalam kehidupan masing-masing. Siri ini memaparkan percintaan romantis, kesedihan dan cinta tiga segi yang menyentuh hati.

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: 10 FILEM SERAM KOREA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DRAMA KOREA ROMANTIK TERBAIK ANDA WAJIB TONTON

5 DRAMA KOREA ROMANTIK TERBAIK ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
KERJAYA BINTANG HELLBOUND, YOO AH IN MENEMUI TITIK NOKTAH?

KERJAYA BINTANG HELLBOUND, YOO AH IN MENEMUI TITIK NOKTAH?

Bacaan Lanjut
squid game 2

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI ‘SQUID GAME 2’?

Bacaan Lanjut