5 KEBAIKAN WASABI LELAKI PERLU TAHU
Wasabi mungkin bukanlah makanan kegemaran mahupun pilihan rakyat Malaysia, namun wasabi juga turut punya kebaikanya tersendiri. Sedikit mengenai wasabi, Wasabia japonica atau Eutrema Japonica ditemui dan merupakan kalangan keluarga Brassicaceae berserta dengan kobis, lobak putih dan mustard. Ia seringkali dimakan sebagai sos ketika menimkati hidangan sushi. Akar wasabi digunakan sebagai perasa dan mempunyai aroma yang sangat kuat, dan ada dua jenis wasabi iaitu Daruma dan Mazuma. Yang pasti, banyak kebaikkan yang boleh kita dapat dengan menikmatinya. GL senaraikan 5 kebaikan wasabi perlu anda tahu dalam konteks kesihatan.
1. CIRI-CIRI ANTIMIKROB
Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap isothiocynates menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Sawa Wasabi digabungkan dengan ITCs blok Helicobacter pylori. Keupayaannya adalah untuk menghapuskan bakteria serta menjadikan ia satu hidangan yang terbaik pabila disediakan bersama ikan mentah. Ingat. Ikan mentah mempunyai kecenderungan untuk menarik lebih bakteria semasa penyediaan jika ia dimakan mentah.
2. MENCEGAH RADANG
Pes wasabi adalah agen anti-radang yang sangat penting kerana ia membantu dalam menyingkirkan masalah keradangan akibat kudis dan kecederaan lain.
3. ANTI KANSER
Ia berkaitan dengan makanan seperti brokoli dan kobis yang mana mempunyai bahan kimia yang boleh memulihkan kesihatan hati. Bahan kimia yang terkandung di dalam wasabi membolehkan hati untuk neutralize sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh kita dan menyebabkan kanser. Wasabi mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap-tahap akhir.
4. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASKULAR
Oleh kerana ia mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok.
5. ELAK ARTHRITIS
Diet yang kaya dengan wasabi mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mana mampu melegakan sakit otot. Ia membantu menghalang masalah radang. Dalam masa yang sama, kandungan isothiocynates di dalam wasabi turut menolong untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma.
Sumber: Majalah Eh!, olahan Wan Mohd Firdaus, 16 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FORMULA ANTIBAKTERIA PILIHAN MANDIAN MASA KINI
Hidup lebih baik, lebih terjaga dengan rangkaian mandian terbaru FOLLOW ME yang menyenangkan gaya hidup anda.
APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI WABAK ‘CACAR MONYET’
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak “monkeypox” atau cacar monyet sabagai darurat kesihatan global pada Julai tahun ini.
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
Selebriti Korea Selatan, Lee Min-ho antara yang menjadi wajah utama kempen BOSS musim luruh 2022. 'Attitude' BOSS yang baharu diterjemahkan melalui penampilan sekumpulan individu berpengaruh. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
BERDEPAN KEKECEWAAN SEKSUAL? MUNGKIN ANDA JUGA MANGSA!
Bagaimana mengenali tanda-tanda anda atau pasangan sedang berdepan dengan kekecewaan seksual?
CARHARTT WIP X SUICOKE, SANDAL KLASIK SILUET SEGAR
Memperkasakan lagi trend sandal, Carhartt WIP dengan kerjasama kreatif Suicoke hadirkan dua rekaan sandal terkini.
SEPATU STYLISH UNTUK BEPERGIAN. FERRAGAMO NOMADIC PILIHAN TEPAT.
Sepatu praktikal lagi stylish menjadi keutamaan. Tampil bergaya kala bercuti dengan menyarung Ferragamo Nomadic.