MERAIKAN 6 DEKAD OMEGA SPEEDMASTER
Meraikan enam dekad kegemilangan jam tangan jenama ikonik Omega Speedmaster, OMEGA ternyata mendominasi dunia horologi kaum lelaki selama 60 tahun lamanya, bermula dengan pencapaian sebagai jenama jam antarabangsa pertama yang menerima kelayakan untuk dipakai untuk misi angkasa lepas oleh NASA, sekaligus mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Kami di GLAM Lelaki tidak ketinggalan untuk recap enam jam tangan terbaik keluaran OMEGA Speedmaster untuk bacaan anda. So, lets start the counting shall we?
1. BROAD ARROW (1957)
Ini merupakan siri pertama dari jam tangan Speedmaster keluaran Omega. Julukan Broad Arrow’ berasal dari bahagian jarum penunjuknya yang memiliki rekaan khas. Jam tangan ini bukan saja dari siri Speedmaster pertama, tapi ia juga merupakan jam tangan chronograph pertama di dunia yang dilengkapi skala tachymeter pada bahagian bezelnya.
2. FIRST OMEGA IN SPACE (1959)
Apa yang membezakan dari siri pertama adalah bagian bezelnya yang diperbuat daripada material alumunium berwarna hitam. Bahagian jarum penunjuknya menggunakan sentuhan ‘Alpha’. Yang menariknya jam tangan Omega ini pertama digunakan oleh angkasawan Walter Schirra pada misi penerbangan Sigma 7 ke angkasa sewaktu Mercury Programme pada tahun 1962. Dari sejak itulah Omega mulai merintis indikasinya sebagai jam tangan pertama yang sesuai untuk perjalanan ke angkasa lepas.
3. THE THIRD GENERATION (1963)
Generasi ketiga Omega Speedmaster ini menjadi jam tangan pertama yang lulus dana kelayakan oleh NASA untuk misi perjalanan ke angkasa lepas. Menariknya, banyak jenama cuba untuk mengikuti langkah sama namun gagal. Jam tangan ini dipakai oleh angkasawan-angkasawan sewaktu misi Gemini dan Apollo, dan yang terakhir dipakai di atas bulan pada tahun 1972.
4. THE MOONWATCH (1965)
Jam tangan ini turut menyertai misi menjejakkan kaki di bulan oleh angkasawan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin pada tahun 1969. Salah satu keunikan dari jenis Speedmaster ini adalah di bahagian case nya yang bercorak simetri. Jam jenis ini juga pertama kali tertera perkataan ‘Professional’ untuk pertama kalinya di bahagian dial jam.

Buzz Aldrin dilihat memakai jam tangan OMEGA Speedmaster sewaktu ekpedisi Apollo 11 (Foto: Wikipedia)
5. THE MODERN MOONWATCH (1968)
Pertama kali dilancarkan pada tahun 1968 dengan Caliber 861 yang baru, model ini adalah penanda aras dalam sejarah Speedmaster. Bukan saja debutnya sebagai pergerakan baru klasik terkini, malah jam tangan ini juga adalah yang pertama dan seterusnya dianggap “Berkelayakan untuk misi penerbangan manusia ke angkasa lepas oleh NASA” dan “Jam pertama dipakai di atas bulan”.

Komamder Apollo 7 Wally Schirra memakai Omega Speedmaster pada tahun 1968 (Foto: Wikipedia)
6. APOLLO 13 (1995)
Ini merupakan model ulang tahun ke-25 dan menjadi kegemaran di kalangan pengumpul jam. Ini kerana ia adalah siri pertama yang terlibat dalam misi angkasa lepas tersebut. Selain memaparkan tampalan ekslusif misi Apollo XIII di dial sub pukul 9, ia juga edisi terhad suatu ketika dahulu dan hanya dijual sebanyak 999 utas saja.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan
Memperkasakan posisinya sebagai Master of Materials, Captain Cook High-Tech Ceramic Diver terbaru adalah refleksi ketukangan DNA Rado yang kekal teguh dengan paradigma tersendiri.
TAG Heuer Connected Calibre E4: Prestasi Lebih Perkasa, Kini Tersedia Dalam Dua Saiz
TAG Heuer tampil membentangkan generasi keempat barisan Connected Calibre E4. Jam tangan pintarnya yang dikonstruksi untuk menjulang prestasi sukan yang terbaik berbalas susuk rekaan nan sofistikated.
OMEGA DE VILLE TRÉSOR SMALL SECONDS SUDAH TIBA DI BUTIK
Bersempena menyambut kedatangannya, OMEGA melaksanakan kempen terbaru buat barisan Trésor yang prominen langsung menampilkan ambasadornya; Hyun Bin.
IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.