Skip to content

5 KEGAGALAN EPIK DALAM SEJARAH INDUSTRI TEKNOLOGI

Kongsikan artikel ini

Industri teknologi kian bergerak pantas, dan jika gagal mengikut rapat, pastinya akan jauh ketinggalan. Itulah yang terjadi dengan beberapa syarikat teknologi yang dahulunya gah dalam menghasilkan produk masing-masing, namun jatuh tersungkur lalu ‘gulung tikar’ dek tidak mengikuti perkembangan teknologi. Oleh itu, GL senaraikan 5 kegagalan besar yang pernah terjadi dalam sejarah industri teknologi yang wajar dijadikan teladan buat semua.

1. KODAK

Suatu masa dahulu, Kodak adalah perantis dalam industri kamera digital yang cukup gah sehinggakan sewaktu itu, tiada mana-mana syarikat mampu menyainginya.  Namun, idea untuk memperkenalkan kamera digital kepada umum yang dicadangkan oleh salah seorang engineer yang bekerja di Kodak suatu ketika dahulu ditolak bulat-bulat kerana dianggap tidak releven. Dan pada 2012, syarikat ini diisytiharkan bankrap atas kegagalan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ops!

2. YAHOO!

Siapa yang tidak pernah menggunakan enjin carian Yahoo! yang dikatakan antara enjin carian paling banyak digunakan. Namun itu semua tidak lama apabila Google hadir memberikan saingan. Pada waktu itu, Yahoo! dicadangkan untuk membeli syarikat Google namun Yahoo! enggan atas tidak yakin dengan pencapaian Google sewaktu itu. Dan dua dekan berlalu, Google dianggarkan bernilai  $500 billion manakala Yahoo pula dibawah $35 billion. Berikutan situasi godaman yang berlaku, Yahoo akan dinamakan Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Marissa Mayer bakal meletak jawatan daripada lembaga pengarah selepas perjanjian jualan kepada Verizon Communications Inc dilaksanakan.

3. MOTOROLA

Suatu ketika dahulu, Motorola merupakan antara jenaman telefon pintar yang menjadi antara pesaing kuat kepada jenama lain seperti Nokia, Sony dan lain-lain. Namun kesalahan dalam membuat keputusan serta gagal mengikuti perkembangan teknologi semasa menyebabkan Motorala tersadung lalu terpaksa terpaksa menjual unit bisnes Motorola Mobility ke Google Inc pada Ogos 2012. Motorola dilihat terlalu lambat dalam mengeluarkan versi-versi terbaru smart phone dan pada waktu itu, iPhone dan BlackBerry mengungguli persaingan penjualan produk tersebut. Too little, too late Motorola.

4. HD-DVD

HD-DVD merupakan satu daripada dua format DVD high definition selain Blu-Ray yang menjadi pilihan pengguna untuk menonton filem di rumah. Spesifikasi HD-DVD diperkenalkan tahun 2002. HD-DVD dipelopori oleh Toshiba dan NEC dan pertama kali dilancarkan pada tahun 2006. Sewaktu itu, penjualannya ternyata melebihi penjualan Blu-Ray. Namun ia tidak lama. Berdasarkan analisis industri sewaktu itu menyatakan Toshiha kehilangan hampir 1 juta dollar untuk sokongan HD-DVD sehingga terpaksa menghentikan pengeluaran pada tahun 2008. Khabarnya, gabungan perusahaan elektronok untuk menggunakan hanya satu produk untuk pengeluaran disk high definition berakhir kerana tiada ada kata putus mengenai soal royalti.

5. FRIENDSTER

Friendster merupakan laman sosial media pertama yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Friendster dicipta oleh juruprogram Canada Jonathan Abrams pada tahun 2002, dua tahun sebelum kemunculan Facebook. Pada era kegemilangannya, Friendster dilaporkan memiliki lebih dari 100 juta pengguna. Namun, setelah melalui beberapa masalah teknikal dan reka bentuknya, Friendster dilihat semakin nazak. Bahkan, kemunculan MySpace, Facebook dan Twitter menyebabkan Friendster gagal bertahan dan akhirnya ditutup. Malah, menerusi penelitian David Garcia dari  Swiss Federal Institute of Technology mengatakan, antara punca kegagalan Friendster adalah ‘kehilangan nyawa’ berikutan  struktur antarapengguna jaringan sosial yang lemah yang tidak lagi memberikan manfaat. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut