5 KESALAHAN LOMPAT KERJA PERLU DIELAKKAN
Rasa bosan dengan rutin kerja harian yang sama, mahukan perubahan dalam kerjaya yang persekitarannya tenang ditemani rakan kerja lebih mesra? Tetapi, keinginan itu terhenti ikutan perasaan takut untuk mengambil risiko, rasa bimbang akan angka gaji yang tidak tinggi kerana ia mungkin tidak dapat menampung komitmen yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja melangkah ke fasa kehidupan berumah tangga atau baru menimang cahaya mata.

Menurut kajian careersadviceonline.com, statistik menunjukkan seseorang itu melakukan perubahan pada kerjayanya kira-kira lima hingga tujuh kali dalam tempoh mereka bekerja. Dengan lambakan peluang pekerjaan, lengkap dengan pelbagai insentif yang menguntungkan, dianggarkan 1/3 jumlah pekerja akan menukar kerja dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pabila usia menjangkau 42 tahun, mereka sudah mempunyai pengalaman kira-kira 10 pekerjaan. Walau bagaimanapun, anda perlu peka dengan kesilapan yang mungkin bakal terjadi pada masa beralih kepada kerjaya baru.

1. LAMBAT AMBIL LANGKAH
Jangan tunggu sehingga anda berasa tekanan kerja berada di paras maksimum barulah waktu itu anda mahukan perubahan kerjaya. Jangan lakukan keputusan terburu-buru dan berputus asa dengan kerjaya anda. Ambil waktu untuk perbaiki kelemahan. Mungkin dengan menyatukan kembali perhubungan antara rakan kerja yang sudah renggang, tambah lebih rasa hormat pada mereka atau kembangkan kemahiran diri supaya lebih cekap dan menonjol. Setelah segalanya sudah berada pada paras stabil, barulah keputusan rasional dapat dicapai. Melarikan diri daripada masalah bukanlah jalan penyelesaian.
2. BENCI PADA KERJAYA
Tindakan untuk terus membenci kerja anda hanya menambah kekusutan yang sedang dihadapi. Ambil masa untuk menganalisis sebab utama anda mahu menukar kerja. Adakah kerana majikan, rakan kerja atau kerana kemahiran yang tidak sebati dengan diri. Apa sahaja alasannya, elak keputusan untuk menukar kerjaya selagi anda tidak mempunyai perancangan yang kukuh.
3. WANG BUKAN SEGALANYA
Tarikan utama seseorang itu memilih pekerjaan baru semestinya kerana jumlah gaji, selain pelbagai kelebihan lain yang ditawarkan. Tetapi, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Kata orang ‘money won’t buy me happiness’. Ingatlah, walau berapa banyak wang yang anda miliki, jika anda tidak berasa gembira dengan kerjaya anda segala-galanya tidak berguna lagi. Akhirnya, anda akan berada dalam keadaan tertekan sekali gus menjejaskan kesihatan anda. Dan jangan terlalu mengejar kerjaya yang menjadi trend ketika itu. Lakukan sedikit kajian, seimbangkan kebaikan dan keburukan.
4. PENGARUH TEKANAN LUAR
Jangan biarkan ibu bapa, rakan-rakan atau sesiapa sahaja mempengaruhi keputusan anda menukar kerjaya. Buat pilihan sesuai dengan minat anda, bukan mereka. Jika anda menukar kerjaya semata-semata mahu memuaskan hati mereka, anda silap. Sebaliknya anda akan lebih tertekan dengan kerjaya baru yang tidak gemari.
5. DATA TIDAK DIKEMASKINI
Lihat dulu data mengenai pengalaman bekerja, kemahiran utama serta teknik yang diri anda miliki. Ia menjadi titik utama untuk anda menonjol di tempat baru. Jikalau tidak mencapai apa anda jangkakan, berhenti sejenak dan fikirkan semula. Apakah keputusan untuk menukar kerjaya baru adalah yang terbaik dan menepati kemahiran kerja anda. Gunakan sumber-sumber seperti Career Toolkit untuk menggilap data pekerjaan anda.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 November 2017 (Sumber: EH!)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.










