Skip to content

5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang IOS 10

Kongsikan artikel ini
Teks: Putra Mokhter  Gambar: Sumber Google

screen%20shot%202016-06-15%20at%203-18-29%20pm

Apple baru-baru ini telah melancarkan iOS 10 dengan spesifikasi yang lebih canggih dengan tambahan beberapa perisian yang menjadikan iOS 10, biggest iOS release ever!

 

PERMAINAN EMOJI

100590162-tap-to-replace-xlarge_transdgzgdyqhqusxl972-ifqfw24du_yfkvc0zvfd3324um

Dengan adanya iOS 10, anda tidak lagi perlu mencari emoticon yang sesuai untuk dihantar kepada rakan anda. Kali ini Apple memberi kemudahan kepada anda untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih ringkas, laju dan fun! Contohnya jika anda menaip “pizza”, secara automatik, emoticon pizza akan terus ada di kotak mesej anda. Mudah bukan? Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berkomunikasi dengan simbol emoticon sahaja. Lupakan perihal abjad!

SIRI, PEMBANTU TERBAIK

APPLE WWDC

Antara perkara lain yang menyebabkan anda harus tukar kepada iOS 10 adalah kerana Siri bakal menjadi pembantu terbaik anda. Ya! Siri untuk iOS 10 bukanlah seperti yang dahulu. Lebih efektif dan memudahkan kerja harian anda. Siri diperbaharui dengan kekemasan yang canggih yang membolehkan Siri membantu anda untuk menghantar teks di WhatsApp, memesan Uber dan sebagainya.

KELEBIHAN WIDGETS

ios-10-lock-screen-widget-management-iphone-screenshot-001

Anda tidak lagi perlu mencari aplikasi untuk melihat info/berita terkini ataupun tentang info cuaca kerana Apple memperkenalkan aplikasi terbaru, Widgets. Widgets membantu anda untuk melihat berita terkini, info cuaca, kalendar, peta dan juga tarikh temu janji anda.

Aplikasi ini boleh dilihat di skrin kekunci anda dan apabila anda menggunakan 3D Touch. Cuma perlu tolak ke kiri skrin kekunci, dan anda dapat lihat kesemua informasi yang anda inginkan.

iMESSAGE, MESRA PENGGUNA

imessages_ios_screenshot

iMessage untuk iOS 10 ini bukan sahaja untuk menghantar teks kepada rakan ataupun orang yang tersayang, namun kali ini Apple menjadikan iMessage sebagai platform untuk mendekatkan lagi hubungan yang jauh. Pelbagai jenis emoji baru tersedia khas untuk anda mengekspresi perasaaan. Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh menghantar lagu kesukaan kepada rakan di iMessage.

Semuanya akan lebih mudah untuk menghantar gambar yang banyak serta juga mengirim foto dalam bentuk GIF. Malah, live camera menjadikan iMessage lebih mesra pengguna. Cepat dan mudah. Jika anda bersendirian dan jauh daripada rakan anda, setkan permainan untuk kamu berdua di iMessage. Pilihan permainan boleh dibuat di Apple Store. Apa yang lebih menariknya lagi, anda juga boleh berkarya dengan menggunakan Digital Touch. Anda hanya perlu menggunakan hujung jari untuk menghasilkan simbol kiss, heartbeat, heartbreak dan sebagainya.

MEMORI FOTO

ios-10-photos

Dalam iOS 10, anda boleh melihat kembali semua gambar yang tersimpan dalam iPhone anda. Bukan hanya gambar, malah aplikasi Memories ini juga akan menggabungkan kesemua video mengikut masa dan tempat, terutamanya untuk gambar atau video percutian mahupun perkahwinan anda. Usah risau, dengan adanya aplikasi Memories ini, detik manis anda tidak akan hilang, malah masih boleh dirasai dengan melihatnya kembali.

 

 

 

 

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?

Bacaan Lanjut

INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut