Skip to content

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Kongsikan artikel ini

Filem Challengers yang dibintangi oleh Zendaya, Josh O’Connor dan Mike Faist menggemparkan arena tenis sejak ditayangkan akhir bulan lalu.

Ia berkisar tentang seorang pemain tenis wanita yang terperangkap dalam cinta tiga segi dengan dua pemain lelaki. Challengers berjaya meraih pujian daripada pengkritik filem dan sehingga kini telah memperoleh kutipan RM325 juta di seluruh dunia.

Jika ada meminati filem bergenre sukan terutama tenis, ada beberapa lagi filem serta dokumentari yang wajib anda tonton dan nilai sendiri.

Ini beberapa naskah hebat mengenai tenis selain Challengers

1. Wimbledon (2004)

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Foto: Universal Studios

Sinopsis: Seorang pemain tenis dari Britain, Peter Colt (Paul Bettany) berputus asa dengan kerjayanya selepas tergelincir daripada kedudukan ke-11 kepada kedudukan ke-119 dalam ranking dunia. Dalam kejohanan Wimbledon yang dianggapnya sebagai terakhir, Peter bertemu seorang pemain tenis angkuh (Kirsten Dunst) yang membantunya mencambah kembali rasa cinta terhadap sukan tenis.

 

2. Borg vs. McEnroe

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Foto: Neon

Sinopsis: Filem ini menambah elemen dramatik pada persaingan profesional antara Björn Borg (Sverrir Gudnason) dan John McEnroe (Shia LaBeouf) pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Wimbledon pada 1980.

 

3. King Richard (2021)

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Foto: Warner Bros. Pictures

Sinopsis: Richard Williams (Will Smith) berazam untuk membawa anak perempuannya, Venus (Saniyya Sidney) dan Serena Williams (Demi Singleton) dari mahkamah Compton ke Wimbledon dan lebih jauh lagi.

 

4. 7 Days In Hell (2015)

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Foto: HBO

Sinopsis: Mokumentari sukan ini mengikuti kisah dua pemain tenis, Aaron Williams (Andy Samberg) dan Charles Poole (Kit Harington) kala mereka ‘bertempur’ dalam perlawanan tenis tujuh hari yang epik.

 

5. Citizen Ashe (2021)

7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

Foto: CNN Films

Sinopsis: Filem ini meneroka legasi bintang tenis Arthur Ashe dan evolusinya daripada legenda sukan kepada aktivis AIDS global.

 

6. Battle of the Sexes (2017)

Foto: Fox Searchlight

Sinopsis: Berdasarkan perlawanan tenis antara Billie Jean King (Emma Stone) dan Bobby Riggs (Steve Carrell) pada 1973, filem ini memberi fokus pada persaingan yang lebih peribadi dan kompleks antara mereka di luar gelanggang.

 

7. Andy Murray: Resurfacing (2019)

Foto: Passion Pictures

Sinopsis: Filem ini berkisar tentang kemunculan semula pemain tenis Britain dan juara Wimbledon dua kali, Andy Murray selepas mengalami kecederaan pinggul yang mengancam kerjayanya pada 2017.

 

Pautan berkaitan: 7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

novak Djokovic

5 REKOD YANG DIPECAHKAN NOVAK DJOKOVIC SELEPAS KEJUARAAN DI ROLAND GARROS 2023

Bacaan Lanjut
Novak Djokovic Australian Open 2023

NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10

Bacaan Lanjut
BUKAN KALI PERTAMA! CHRIS ROCK ULANGI KESILAPAN LAMPAU DI PENTAS OSCAR

BUKAN KALI PERTAMA! CHRIS ROCK ULANGI KESILAPAN LAMPAU DI PENTAS OSCAR

Bacaan Lanjut

AKSI WILL SMITH MENAMPAR CHRIS ROCK MENGEJUTKAN PENTAS OSCAR 2022

Bacaan Lanjut

WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022

Bacaan Lanjut
SELEBRITI LELAKI BERGAYA DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2021

SELEBRITI LELAKI BERGAYA DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2021

Bacaan Lanjut