ALAMI SENSASI TOKYO 2020 TERUS DARI RUMAH
Airbnb menawarkan siri program istimewa dalam memberikan pengalaman maya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama barisan atlet Olimpik, Paralimpik dan sukarelawan Jepun terus dari rumah anda.
Setelah setahun ditangguhkan, Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya akan bermula secara rasmi pada 23 Julai 2021 di Tokyo, Jepun. Walaupun acara sukan terbesar dunia ini tidak boleh disaksikan secara fizikal di stadium, peminat boleh alami sensasi dan kemeriahan terus dari rumah melalui aplikasi Airbnb dengan tawaran siri program yang dapat memberikan pengalaman maya Tokyo 2020 bersama barisan atlet Olimpik, Paralimpik dan sukarelawan Jepun selaku hos tuan rumah.
Airbnb berkolaborasi bersama International Olympic Committee (IOC) dan International Paralympic Committee (IPC) untuk membawakan magis Tokyo 2020 kepada peminat sukan di seluruh dunia dengan program istimewa yang merangkumi 200 pengalaman maya atlet Olimpik dan Paralimpik. Siri program ini akan dihoskan oleh atlet yang akan bertanding, juga hero sukan yang sudah bersara dalam berkongsi passion mereka bersama peminat dan tetamu yang mahu berhubung secara terus ketika berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Josiah Ng (Photo by Stephen Pond – PA Images via Getty Images)
Dari sukan terjun kepada olahraga dan juga basikal, peminat boleh mendekati para atlet daripada pelbagai lapangan sukan untuk mengalami sensasi Sukan Olimpik secara maya. Antaranya atlet basikal negara, Josiah Ng; pemenang pingat emas acara terjun Olimpik 2008, Matthew Mitcham; atlet basikal Jepun, Takashi; atlet pelayaran, James Espey; bintang olahraga, Anyika Onuora; dan ramai lagi. Juga terdapat beberapa siri bersama atlet pelarian yang mahu berkongsi suara dan cerita mereka bersama peminat sukan.

Discover diving with Matthew Mitcham & Track-star training with sprinter Anyika Onuora
Kolaborasi Airbnb bersama Nippon Foundation Volunteer Support Center
Airbnb juga akan bekerjasama dengan 89 sukarelawan lokal daripada Nippon Foundation Volunteer Support Center yang akan menganjurkan 20 pengalaman maya secara percuma. Dengan menggunakan konsep first-come-first-serve basis, peminat sukan dapat menyelami budaya Jepun, melawati stadium serta mengunjungi destinasi bersejarah ketika berlangsungnya Tokyo 2020 dalam memberikan inspirasi buat kembara Jepun anda nanti.
Menginap di rumah legenda bola keranjang, Scottie Pippen
Berita yang mengujakan buat peminat sukan bola keranjang. Dalam tawaran once-in-a-lifetime, Airbnb akan membuka peluang untuk menginap di rumah milik legenda bola keranjang, Scottie Pippen di Chicago selama satu malam sambil menonton Tokyo 2020. Selain dapat menggunakan gelanggang bola keranjang yang berada di dalam rumah ini, peminat juga akan dapat mecuba hidangan pre-game dan menonton sukan di teater rumah milik pemenang pingat emas dua kali dan juara NBA sebanyak 6 kali itu. Tidak ketinggalan, peminat bertuah nanti dapat berjumpa secara maya bersama Scottie Pippen dan rakan sepasukannya, Larry Bird dan Michael Johnson.
Senarai siri program istimewa Airbnb bersempena Tokyo 2020 boleh didapati di sini.
Foto: Airbnb & Getty Images
Baca lebih lanjut: KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA
Satu demi satu tuah menyebelahi ahli kumpulan BTS dan terbaharu, Suga dipilih menjadi duta National Basketball Association (NBA).
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.