Skip to content

ANTARA KUALITI DAN KOMERSIAL: SIAPA BAKAL MENGUNGGULI AJL31?

Kongsikan artikel ini

Malam ini, pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-31 bakal menobatkan sebuah lagi lagu sebagai juara, mengulangi kejayaan lagu Potret oleh Akim & The Majistret tahun lalu. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu malah sukar sekali untuk meramal memandangkan semua lagu yang dipertandingkan punyai kekuatan masing-masing. Dua belas lagu sudahpun dipilih juri-juri profesional di malam semi final lalu yang diketuai Dato’ Ramli MS dengan beberapa juri lain. Untuk acara gilang-gemilang ini, lima persembahan solo, empat  persembahan duo dan tiga band bakal bersaing sengit.  Dan kini debaran kian terasa. Siapakah yang bakal mengungguli?

AJL-31-2017

SENIOR VS JUNIOR

Pentas kali ini menyaksikan pertembungan buku bertemu ruas oleh dua kelompok utama, iaitu antara senior menentang junior. Sudah pasti kali ini posisi senior cukup digeruni. Manakan tidak, nama-nama besar seperti Misha Omar dan Shila Amzah kembali bersaing. Kehadiran Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Black dan Hazama ternyata menguatkan benteng pertahanan kelompok senior.

Namun jangan sesekali memandang rendah dengan kumpulan junior yang rata-rata pentas kali ini merupakan pentas sulung buat mereka. Ya, gugup dan gementar pasti dirasai dan kelihatan jelas pada malam itu nanti namun sudah pasti mereka akan all out. Yang wajar diberi perhatian sudah pastinya Aiman Tino, Sufian Shuhaimi, Projektor Band dan Khalifah.

AJL312

PERANG BERADU VOKAL

Siapa bisa menafikan kekuatan vokal Dayang Nurfaizah yang dianugerahkan Vokal Terbaik AJL ke-29 pada tahun 2015, menerusi Di Pintu Syurga dan kembali menggenggam trofi dan penganugerahan sama di tahun berikutnya melalui lagu Tak Pernah Menyerah. Adakah Dayang bakal mengungguli semula anugerah ini buat tiga kali berturut-turut? Tidak mustahil bukan? Namun, jangan diendahkan lantunan gabungan duo vokal antara Shila Amzah dan Aliff Satar, serta Hafiz Suip dan Misha Omar. Mungkin juga sejarah AJL22 berulang kembali, pabila gabungan dua vokal Jaclyn Victor dan Lah Ahmad berjaya membawa pulang vokal terbaik untuk lagu Ceritera Cinta. Ya, di pentas AJL apa saja boleh berlaku. Black juga dilihat berpotensi untuk membawa pulang anugerah tersebut memandangkan itu adalah sasaran utamanya.

DOMINASI BUIT CINTA

Jika diperhatikan senarai lagu yang bertanding, hampir kesemua lagu mempertaruhkan mesej cinta yang diangkat sebagai tema. Jika sebelum ini lagu bermesej kemanusiaan lantunan Faizal Tahir untuk lagu Assalamualaikum berjaya memikat juri, mungkin lagu bermesej ketuhanan dendangan Mawi dan Syamsul Yusoff bisa memecah tembok luar dari kebiasaan. Ya, penulis tidak menolak kemungkinan itu. Bahkan, lirik lagu untuk lagu Hang Pi Mana, walaupun ia ringkas dan berulang-ulang, mungkin menjadi kekuatan utama berikutan keunikannya memikat halwa telinga pendengar.

ANTARA KUALITI DAN KOMERSIAL

Tidak dapat dinafikan selain aspek kualiti lagu yang dipertandingkan, aspek komersial juga jelas kelihatan dalam AJL kali ini. Manakan tidak, hampir setengah dari lagu yang bertanding adalah lagu-lagu yang menjadi siulan anak-anak muda yang pertama kali bertanding. Jika diperhatikan sewaktu semi final yang lepas, anggapan penulis banyak lagi lagu yang dirasakan layak seperti Ezad Lazim ‘Demi Cinta’, Mark Adam ‘Berat’, dan lain-lain. Dengan lirik yang syahdu dan susunan muzik yang kuat, namun gagal memenangi hati juri berbanding lagu “meminta mati” dan “kerja pak guard di sekolah”. Adakah pentas AJL kali ini hanya untuk menarik minat anak muda atau rating semata? Adakah ini adil? Fikir-fikirkan…

AJL31

PREDIKSI TEAM GLAM LELAKI

“Sukar untuk meramal bakal pemenang tetapi saya amat menanti-nantikan persembahan Dayang Nurfaizah. Bukan saja kerana she never disappoints tiap kali meniti pentas akhir Juara Lagu. Namun juga kerana kali ini persembahan Dayang dijadikan satu tribute kepada arwah Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem, yang pemergiannya masih dirasai di hati rakyat Sarawak. Saya yakin it will be a very, very touching tribute.” – Abdul Aziz Draim, Editor GLAM LELAKI

“Sedikit kecewa dengan Anugerah Juara Lagu kali ini, memandangkan semua orang tahu ia merupakan satu-satunya medan menyaksikan lagu-lagu yang berkualiti dari aspek lirik dan susunan. Tetapi pada tahun ini, pemilihan tunduk kepada lagu-lagu yang menjadi siulan orang dan memiliki nilai komersial berbanding kualiti. It’s either you love or hate this new AJL. Prediksi saya, mungkin Dayang, Sufian Suhaimi dan Hazama akan mengungguli tiga tangga teratas. Untuk vokal pula sama ada Dayang atau Black.” – Ardi Idewani Zaini, Timbalan Pengarang Fesyen, GLAM LELAKI

“AJL kali ini mempertandingkan ramai penyanyi-penyanyi baru. Tak pasti sama ada taruhan lagu mereka benar-benar berkualiti atau sekadar hendak menarik minat peminat baru. Walau bagaimanapun,kehadiran mereka merancakkan lagi AJL kali ini. Prediksi saya pula, Aiman Tino bakal menjadi juara (walau kurang berkenan), diikuti Dayang Nurfaizah dan Hafiz & Misha Omar.” – Johan Kassim, Penulis Kanan GLAM LELAKI

“Prediksi saya untuk AJL kali ini Sudah Ku Tahu bakal menjadi juara, diikuti Terakhir oleh Sufian Shuhaimi dan Lelaki Teragung oleh Dayang Nurfaizah. Untuk vokal pula, saya memilih Dayang untuk menjadi juara, jika tidak mungkin Misha dan Hafiz.” – Sufian Sapari, Penulis GLAM LELAKI

“Entah mengapa AJL kali ini menyaksikan banyak lagu yang bernilai komersial diangkat, padahal banyak lagi lagu yang dipertandingkan memiliki kekuatan. Mungkin TV3 mementingkan rating semata berbanding kualiti lagu. Apa-apa pun keputusan sudah dibuat dan we’ll see. Prediksi saya, Dayang Nurfaizah, Mawi dan Shamsul Yusoff dan Hazama akan mengungguli top 3, manakala Dayang pasti akan membawa pulang anugerah vokal untuk kali ketiga berturut-turut”, Wan Mohd Firdaus, Penulis Web GLAM LELAKI

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947

Bacaan Lanjut

COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA

Bacaan Lanjut

KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022

Bacaan Lanjut

NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK

Bacaan Lanjut
ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

Bacaan Lanjut
NAMA HARRY STYLES DILAKAR DALAM GUINNESS WORLD RECORD

NAMA HARRY STYLES DILAKAR DALAM GUINNESS WORLD RECORD

Bacaan Lanjut