Skip to content

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba menggunakan tablet flagship terbaharu Huawei MatePad Air yang hadir dengan pelbagai fungsi seperti sebuah komputer peribadi.

Sama ada bekerja di pejabat mahupun secara remote di rumah, tablet kini menjadi peranti pilihan yang mudah dan menyenangkan. GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba menggunakan tablet flagship terbaharu Huawei MatePad Air yang hadir dengan pelbagai fungsi seperti sebuah komputer peribadi.

Huawei MatePad Air terbaharu merupakan tablet flagship yang berkuasa dan ringan. Ia menampilkan pelbagai fungsi untuk meningkat produktiviti profesional atau kegunaan harian dalam desain yang elegan dan ringan.

Apakah yang menarik dengan tablet flagship Huawei MatePad Air terbaharu?

Pengalaman Seperti Komputer Peribadi

tablet Huawei

Sejak diperkenalkan, generasi siri Huawei MatePad yang terdahulu telah menjadi kegemaran pengguna. Kali ini ia menawarkan pengalaman yang penuh aspirasi dengan desain premium, kuasa kadar refresh yang tinggi, dilengkapi fungsi pejabat mobil, dan kehebatan hiburan yang menyeronokan. Sama seperti sebuah computer peribadi.

Tablet premium ini hadir pengan perisian Huawei Notes yang boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil (2ndgeneration). Ia boleh digunakan untuk untuk mencatit nota, menulis, dan highlight teks atau artikel dengan mudah.

Huawei Notes juga boleh digunakan dengan nota split-screen, zoom kanvas sebanyak 15 kali serta pelbagai fungsi profesional untuk melakukan kerja dengan mudah. Fungsi Multi-Window ini membenarkan aplikasi dibuka secara bersebelahan untuk multitasking pada masa yang sama.

 Ini sudah pasti akan meningkat kreativiti tanpa kira tempat dan masa. Kerja kini boleh dilakukan on-the-go kerana ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hanya sambungkan dengan papan kekunci Huawei Smart Magnetic Keyboard yang menyokong sambungan magnet dan mudah untuk mengecas.

 

Teknologi Tablet Flagship Terkini

Huawei matepad air

Huawei sentiasa ke hadapan dalam mencabar sempadan teknologi. Dan sudah pastinya Huawei MatePad Air terbaharu menampilkan keupayaan teknologi yang terkini. Ia mempunyai 144 Hz kadar refresh yang tinggi. Ia juga menampilkan Huawei FullView Display dengan resolusi 2.8K, selain skrin dengan nisbah nisbah 3.2 yang pertama. Ini dapat membenarkan kerja dilakukan dengan lebih efisien dalam mod Landscape mahupun Portrait.

Tablet terbaharu ini bukan sahaja dapat menggunakan fungsi split-screen dengan mudah, pengguna boleh membaca artikel dengan lebih senang. Juga ketika menggunakan aplikasi Excel, lebih banyak kolum boleh dipapar pada satu-satu masa.

Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh menggunakan tablet ini untuk menyunting video dengan mudah. Fungsi ini membenarkan lebih banyak video dan audio untuk digunakan dalam satu masa. Lantas ini mempercepatkan proses kerja menyunting, seperti menggunakan aplikasi CapCut nanti.

 

Desain Huawei MatePad Air Yang Elegan

huawei matepad air

Seperti namanya, Huawei MatePad Air ini hadir dalam rekaan yang ultra-slim. Ia hanya berukuran 6.4 mm tahap kenipisan dan seberat 508 gram sahaja. Tablet ini juga mempunyai paparan skrin 11.5 inci yang jelas dan memudahkan tontonan pada setiap perincian. Desainnya yang sleek menampilkan proses frosting yang memberikan tekstur yang selembut sutera dan tidak meninggalkan kesan cap jari.

Tablet ini juga memberikan kemudahan kala bekerja. Ia dilengkapi dengan kamera hadapan dengan lensa 8 MP wide-angle dan FollowCam. Ia turut dilengkapi dengan 4 mikrofon built-in yang dapat merakamkan suara dengan jelas. Turut disokong oleh tekonologi AI noise reduction yang akan membuang bunyi seperti menaip dan suasana luar untuk komunikasi yang lancar.

Huawei MatePad Air akan memberikan pengalaman hiburan seperti menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video yang luar biasa. Tablet yang menyeronokan untuk bekerja dan hiburan. Boleh didapati dengan hard bermula RM2799.00 secara atas talian di sini. 

 

Baca lebih lanjut: SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
samsung watch Malaysia

SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU

Bacaan Lanjut