Skip to content

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki berpeluang mencuba generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold5 yang merupakan telefon pintar boleh-lipat paling berkuasa persis sebuah komputer riba mini yang mesra poket.

Ketika pelancaran rangkaian peranti Samsung terbaharu ketika acara #SamsungUnpacked di Seoul, Korea Selatan, saya tertarik untuk melihat pembaharuan yang akan dipersembahkan pada generasi Galaxy Z Fold5 terbaharu. Dan kini saya berpeluang untuk mencuba sendiri gajet terbaharu ini dan apa yang saya boleh katakan ia tidak mengecewakan.

samsung fold 5

Samsung Galaxy Z Fold5 terus melintasi sempadan teknologi dengan memberikan alternatif terbaik kepada komputer mudah alih. Mesra poket, ringan dan dilengkapi fungsi-fungsi seperti sebuah komputer riba, ia merupakan telefon pintar boleh-lipat yang paling berkuasa di pasaran hari ini.

 

Apakah yang membuatkan Samsung Galaxy Z Fold5 berkuasa seperti sebuah komputer riba mini yang mesra poket?

Skrin Yang Besar dan Menyeluruh

samsung galaxy z fold5

 

Sudah tentu tarikan utamanya pada telefon pintar boleh-lipat ini adalah skrin besar yang berukuran 7.6 inci. Selain dapat memberikan pengalaman teknologi yang menyeluruh dan mudah, Galaxy Z Fold5 ini mampu untuk membukan membuka lebih daripada satu tetingkap dalam satu-satu masa. Oleh itu, lebih fungsi boleh digunakan pada waktu yang sama.

Skrin ini lebih interaktif. Saya boleh menonton video dengan lebih selesa dan kini hadir dengan tahap kecerahan yang lebih tinggi iaitu HBM 1,200 nits/ Peak 1,750 nits. Dengan fungsi flaxmode, saya boleh menggunakan peranti Samsung ini seperti sebuah komputer riba yang mudah alih. Ia boleh dilipat pada bahagian tengah untuk mengawal pad sentuh dengan sistem kawalan media mini, mengubah susunan toolbar untuk screenshot, tahap kecerahan, dan panel kawalan pantas dengan mudah.

 

Maksimakan Produktiviti Dengan One UI

samsung galaxy z fold5

Galaxy Z Fold5 generasi baharu dilengkapi dengan Advanced Taskbar yang akan membenarkan penukaran back and forth aplikasi yang selalu digunakan. Lanatas, saya mempunyai akses yang lebih pantas kepada aplikasi yang baharu digunakan – sehingga empat aplikasi dalam satu masa.

Dengan pop-up tersembunyi pada Fold5, ia membenarkan paparan skirn dengan mudah dan menyorok skrin pop-up jika diperlukan. Ini dapat mengekalkan aplikasi yang digunakan aktif sementara saya fokus melakukan perkara atau kerja yang lain. Hanya menekan satu imej di dalam Gallery dengan sati jari dan menggunakan satu lagi untuk membuka aplikasi Notes untuk memindahkan imej tersebut ke situ. Sangat mudah.

Fungsi drag & drop dengan dua tangan pula akan menggerakkan kandungan antara aplikasi dan skrin. Kini, paparan pop-up boleh dilakukan dengan membawa ikon aplikasi kepada Multi Window yang lebih intuitif. Saya dapat melakukan lebih banyak kerja atau membuka lebih banyak tetingkap dalam satu-satu masa. Dengan kemudahan ini, saya dapat memaksimakan produktiviti dan hiburan.

 

Lebih Nipis, Lebih Ringan

samsung galaxy z fold5

Reka bentuk peranti Samsung sentiasa mencuri perhatian. Peranti Galaxy Z Fold5 generasi baharu ini menampilkan Flex Hinge yang lebih nipis. Ia hadir dengan desain ruang lipatan yang lebih kecil. Oleh itu, ia kelihatan lebih elegan dan moden. Ruang liptan yang nipis ini juga dapat mengurangkan kemasukan habuk dan kotoran pada bahagian skirn utama apabila dilipat.

Dengan desain yang lebih nipis dan ringan, ia begitu mudah untuk dimasukkan ke poket untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Teknologi genarasi baharu ini juga 28% lebih nipis dan hadir Bersama S Pen Casing yang lebih kompak memudahkan penggunakan untuk menulis nota. Sangat efektif, seperti sebuah komputer riba mini yang penuh kuasa.

 

Peranti Untuk Peminat Permainan Video

samsung game

Tidak dilupakan, Samsung Galaxy Z Fold5 sangat sesuai digunakan oleh peminat permainan video. Ia dikuasakan oleh chipset Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy dan juga algoritma pembelajaran mesin untuk permainan video. Lantas, peminat tidak perlu risau dengan kelajuan system yang pastinya lebih pantas dan smooth.

Khas buat peminat permainan video juga, telefon pintar boleh-lipat ini juga menyediakan ruang vapor yang 38% lebih besar. Ianya penting dalam memberikan sistem penyejukan yang lebih berkesan untuk permainan video yang lama dan tanpa gangguan.

 

Ekosistem Galaxy Z Fold5 juga diperluaskan kepada aplikasi parti ketiga seperti aplikasi Microsoft untuk melakukan kerja di luar pejabat, membalas emel, tandatangan dengan cepat, sunting video dan komunikasi menggunakan Google Meet. Dengan rekaan yang lebih tahan lasak, yang disempurnakan lagi dengan Corning® Gorilla® Glass Victus®2 serta Armor Aluminum yang bergred Aircraft. Ia juga merupakan satu-satunya telefon pintar boleh-lipat di pasaran dengan tahanan kalis air IPX8.

samsung fold

Samsung Galaxy Z Fold5 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Icy Blue, Phantom Black dan Cream. Eksklusif secara atas talian, peminat juga boleh mendapatkan telefon pintar boleh-lipat ini dalam warna Blue dan Gray. Anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Samsung Malaysia di sini.

 

Baca lebih lanjut: APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut