Skip to content

samsung malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU DENGAN SAMSUNG GALAXY Z FOLD5 TERBAHARU

Kongsikan artikel ini

Samsung melancarkan Galaxy Z Fold5 generasi baharu dengan kuasa tiada tandingan sempena acara #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Korea Selatan.

Samsung sedang merevolusikan industri mudah alih dengan peranti boleh lipat yang tiada tandingan. Terbaharu, gergasi teknologi dari Korea Selatan itu memperkenalkan Galaxy Z Fold5 generasi baharu yang lebih berkuasa. Ia dilancarkan bersempena acara #SamsungUnpacked 2023 yang telah diadakan di Seoul, Korea Selatan.

Galaxy Z Fold5 menawarkan barisan fungsi baharu yang lebih hebat seperti paparan yang mengasyikkan menerusi skrin bersaiz besar. Juga bateri tahan lasak, dan menyampaikan prestasi paling berkuasa dalam siri Galaxy Z dalam reka bentuk yang paling nipis dan ringan.

 

Kuasa produktiviti versatil dengan skrin besar

samsung galaxy z fold5

Gajet terbaharu ini menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh. Ia mempunyai ciri Multi Window dan App Continuity, serta pelbagai ciri termasuk Taskbar juga pengoptimuman aplikasi pihak ketiga. S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5.

 

4 Aplikasi Dalam 1 Masa

Ciri Taskbar yang dipertingkatkan membolehkan aktiviti produktiviti secara dinamik. Ia membenarkan penggunaan pelbagai aplikasi yang kerap digunakan secara bergilir dengan pantas dan lancar. Kini, kerja boleh dilengkapkan dengan lebih cekap dengan penggunaan sehingga ke-empat aplikasi dengan serentak.

Gerak isyarat sentuhan yang termaju iaitu two handed drag and drop juga boleh meningkatkan produktiviti dengan kebolehan mengalih kandungan antara aplikasi. Dan skrin dengan hanya satu sentuhan diperlukan untuk menahan imej dalam Galeri Samsung dan sementara aplikasi Samsung Notes dibuka dengan jari yang lain.

Imej tersebut juga boleh diseret dari satu aplikasi ke aplikasi yang seterusnya. Dengan ciri hidden pop-up, suatu aplikasi boleh terus berfungsi dengan diam di latar belakang. Misalnya dengan membenarkan pengguna untuk menonton kandungan video dalam skrin penuh di samping bersembang dengan rakan dalam tetingkap timbul yang terapung di sisi skrin.

 

S Pen Fold Edition

samsung galaxy

S Pen Fold Edition baharu yang lebih langsing serta padat. Ia akan memudahkan pencatitan nota dan pencetusan idea dengan keselesaan yang dibawa oleh bentuknya yang mesra poket. Sarung Slim S Pen Case yang setebal sarung Fold biasa, yang juga tersedia dalam pelbagai gaya dan warna, menawarkan kepada pengguna kemudahan membawa S Pen mereka dengan penuh bergaya.

 

Pengalaman Tontonan Optimum

Dengan kebolehan buat pengguna untuk menghabiskan lebih banyak tugasan semasa dalam perjalanan, Skrin Utama 7.6 inci menjamin tontonan tanpa gangguan pada paparan yang cukup luas. Pengguna boleh menikmati kandungan kegemaran mereka samada dalam orientasi potret ataupun landskap. Selain itu, kecerahan puncak telah ditingkatkan lebih daripada 30%, sehingga 1750 nits. Lantas pengalaman tontonan yang optimum di luar walaupun di bawah silau cahaya matahari yang terang.

 

Telefon Pintar Untuk Gamer

samsung fold 5

Nikmati pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan pada skrin telefon pintar Galaxy terbesar dengan pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy. Ia meningkatkan kualiti grafik dan menggunakan AI untuk mendayakan permainan dinamik dan fungsi berbilang permainan. Galaxy Z Fold5 boleh mengendalikan sesi permainan maraton dengan cukup cekap. Ini disebabkan sistem penyejukannya yang canggih, menyurai haba dengan lebih bijak untuk mengurangkan kelembapan tanpa mempengaruhi prestasi.

 

 Impak positif untuk kelestarian planet

Samsung terus menerajui visi kelestarian alam sekitar syarikat dengan mempercepatkan tindakan yang membantu mencapai matlamatnya. Ini termasuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang akhir tahun 2030 bagi Bahagian Device eXperience.

Galaxy Z Fold5 menampilkan lebih penerapan pelbagai jenis bahan kitar semula berbanding generasi sebelumnya. Ia termasuk kaca dan aluminium kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca-pengguna, yang diperoleh daripada jaring ikan terdampar, tong air dan botol PET. Kotak pembungkusan juga dihasikan dengan menggunakan 100 peratus kertas kitar semula.

 

samsung malaysia

Galaxy Z Fold5 akan tersedia di Malaysia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023, pada harga bermula RM 6,799. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, sila layari www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5

 

Foto: Samsung Malaysia

Baca lebih lanjut: APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut