Skip to content

samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Kongsikan artikel ini

Samsung melancarkan Galaxy Tab S9 generasi baharu dengan membawa pengalaman premium Galaxy ke tablet sempena acara #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Korea Selatan.

Samsung membuka laluan terpantas dari ilham ke ciptaan dengan siri Galaxy Tab S9 yang menawarkan paparan menarik, prestasi yang optimum, S Pen tersedia dan penarafan IP68. Pelancaran Galaxy Tab S9 generasi baharu ini bakal membawa pengalaman premium Galaxy ke tablet sempena acara #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Korea Selatan.

samsung tab 9

Portfolio gajet premium ini mentaktifkan semula lanskap tablet dan menetapkan piawaian baharu pada siri Galaxy Tab S9 baharu. Ia merentasi ketiga-tiga model iaitu Galaxy Tab S9, S9+ dan S9 Ultra dengan paparan Dynamic AMOLED 2X menjamin pengalaman tontonan dan hiburan yang epik dengan kuasa Qualcomm Snapdragon® 8 Gen 2 untuk Galaxy.

Tidak ketinggalan S Pen yang bertaraf IP68 untuk membantu menghidupkan idea pengguna. Dan sebagai siri Galaxy Tab S pertama untuk memperoleh penarafan IP68, siri Galaxy Tab S9 membolehkan pengguna untuk berinspirasi, di dalam dan di luar.

 

Kembara Dunia Hiburan dan Inspirasi

Sama ada menikmati permainan atau menonton video, paparan Dynamic AMOLED 2X 14.6 inci pada Galaxy Tab S9 Ultra memberikan pengalaman hiburan mudah alih dan terunggul.HDR10+ siri Galaxy Tab S9 menghidupkan kandungan kegemaran dengan warna dan kecerahan optimum bagi setiap adegan dan gambar. Kadar penyegaran dinamik siri Galaxy ini melaraskan dari 60 hingga 120Hz secara automatik untuk mengimbangi keresponsif lancar dengan kecekapan bateri yang dioptimumkan.

samsung galaxy tab s9

Ciri Eye Comfort juga mengurangkan ketegangan mata dengan cahaya biru yang telah dikurangkan lebih daripada 70 peratus. Ia menghidupkan butiran yang terperinci, kandungan seperti fotografi, pelan tindakan, animasi dan banyak lagi dengan jelas. Selain itu, nisbah aspek 16:10 mempersembahkan kandungan TV dan filem sebenar.

Kandungan hiburan pada siri Galaxy Tab S9 dipertingkatkan dengan prestasi audio yang meluas. Ini melalui pembesar suara quad 20% yang lebih besar, menurut sistem pembesar suara AKG dan suara imersif Dolby Atmos.

Untuk pengalaman bunyi sinematik, pengguna diberi pilihan pelbagai tetapan bunyi untuk permainan video, mendengar muzik, menerima panggilan video dan banyak lagi. Serta ciri Vision Booster untuk menikmati hiburan di luar rumah. Ia secara automatik mengesan keadaan pencahayaan dan menyesuaikan diri untuk memastikan skrin kekal terang. Dan dengan Smart Book Cover, ia melaraskan peranti kepada orientasi potret atau landskap untuk pengalaman tontonan bebas daripada genggaman tangan.

samsung galaxy

Siri Galaxy Tab S9 kini lebih canggih berbanding sebelumnya tetapi kekal berkuasa. Setiap peranti dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy. Ia merupakan pemproses mudah alih sepantas kilat yang berada dalam telefon pintar terbaharu Samsung.

 

Kebebasan Menghidupkan Idea dengan Mudah

Setiap peranti Galaxy Tab S9 premium dilengkapi dengan alat tablet kegemaran pengguna: Galaxy S Pen. Dengan pengalaman menulis pada kertas sebenar, siri Galaxy Tab S9 dan S Pen kini mempunyai penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk. Lantas ia membolehkan lebih banyak lagi kemungkinan untuk pengguna menghidupkan idea dan ilham.

samsung malaysia

S Pen juga boleh digunakan untuk menulis dalam bar carian, pelayar imbas dan kedai aplikasi. Manakala ciri pengecasan dua arah baharu memastikan ia mendapat kuasa tidak kira arah semasa berada dalam simpanan. Pengguna juga boleh menaik taraf kepada S Pen Creator Edition yang menawar pengalaman lebih premium. S Pen Creator Edition direka dengan bahan bertekstur untuk cengkaman yang selesa dan darjah kecondongan yang lebih luas untuk membolehkan penciptaan yang lebih intuitif.

Dengan fungsi Multi Window, pengguna boleh menggunakan sehingga ke tiga aplikasi dalam paparan susuan grid tetingkap mudah laras. Ciri Pop-Up View pula menggunakan aplikasi dalam tetingkap sambil masih menunjukkan skrin utama dengan penuh.

Apabila mengembara atau bekerja on-the-go, Book Cover Keyboard dan ciri DeX Mode siri ini menawarkan pengalaman desktop dengan kemudahan penuh tablet mudah alih. Sudut darjah mudah laras Book Cover keyboard dan pad kekunci bercahaya belakang memberikan pengalaman seperti PC yang ringan.

Sementara itu, ciri DeX Mode mempunyai kursor yang mudah diikuti, ciri saiz semula dan kedudukan tetingkap yang fleksibel. Dan keupayaan Second Screen untuk mencerminkan atau memanjangkan skrin dari PC ke tablet. Dalam panggilan Google Meet, pengguna boleh bekerjasama dengan lebih mudah dengan perkongsian skrin dan kebolehan mengedit dokumen Samsung Notes serentak, secara langsung.

 

Produktiviti Dan Kreativiti Samsung Galaxy

samsung pen

Direka untuk mencetus produktiviti serta meningkatkan kreativiti, GoodNotes kegemaran pengguna menawarkan pengalaman mencatat nota dan jurnal baharu pada Android buat kali pertama. Ia dilancarkan secara eksklusif untuk pengguna tablet Galaxy. Selain itu, nota yang dibuat dalam GoodNotes pada semua platform mudah dikongsi dan diedit bersama dengan serentak.

Aplikasi penyuntingan video LumaFusion untuk pengguna tahap pro memudahkan kerja dengan ciptaan kandungan boleh-kongsi. Imej dan video, dan juga fail besar ​​yang dirakam pada kamera telefon pintar Galaxy anda boleh dikongsi dengan mudah ke tablet dengan ciri Quick Share. LumaFusion memanfaatkan sepenuhnya skrin luas Galaxy Tab S9 Ultra untuk memastikan pengeditan video yang tepat.

Clip Studio Paint telah diubah menjadi antaramuka tablet yang dikhususkan untuk melukis, menukis dan banyak lagi. ArcSite memperkasakan pereka profesional dengan kebolehan membina pelan tindakan CAD 2D dengan teliti, pelan tapak yang komprehensif dan anggaran yang tepat. Kerjasama Google untuk mengoptimumkan pengalaman skrin besar. Pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada aplikasi rakan kongsi untuk menyelesaikan tugas dengan mudah dan merealisasikan sebarang idea pada siri ini.

 

Pengalaman Tablet Premium Lengkap Yang Fleksibel

Siri Galaxy Tab S9 disepadukan dengan ekosistem Galaxy. Ciri Multi Control memudahkan penyalinan, menampal atau penyeretan teks dan imej terus antara tablet dan telefon pintar. Ia  membolehkan pengguna mengawal telefon pintar mereka dengan pad sentuh tablet ini.

samsung tablet

Galaxy Tab S9 menampilkan ciri reka bentuk Galaxy ikonik daripada telefon pintar siri Galaxy S yang unggul. Seperti rekaan kamera yang menarik. Dengan ukuran senipis 5.5mm bagi Tab S9 Ultra, ianya sangat ringan dan langsing. Namun terjamin lasak dengan penarafan IP68 dan penggunaan Armor Aluminium.

Selari dengan komitmen Samsung untuk membina teknologi yang meminimumkan impak alam sekitar, tanpa sebarang kompromi. Berbanding dengan generasi sebelumnya, siri Tab S9 menampilkan pelbagai jenis bahan kitar semula dalam komponen dalaman dan luaran. Ia juga dipersembahkan dalam kotak pembungkusan yang telah direka semula dengan 100 peratus kertas kitar semula.

 

Siri Galaxy Tab S9 akan tersedia di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023. Hadir dalam dua warna iaitu Beige dan Graphite. Dan tiga saiz: 14.6-inci pada Tab S9 Ultra, 12.4-inci pada Tab S9+ dan 11-inci pada Tab S9. Bermula pada harga RM 3,699, pra-pesanan boleh dilaukan sekarang di https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s9/buy/

 

Foto: Samsung Malaysia

Baca lebih lanjut: SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut