Skip to content

BILL GATES KEKAL TERKAYA

Kongsikan artikel ini

Tidak memeranjatkan apabila Bill Gates diumukan kekal sebagai sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017 yang dikeluarkan, kekayaan Bill Gates mencecah AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu.

Bill Gates ungguli Carta Top 10 Bilionair oleg Forbes.

Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett pula menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016. Individu ketiga terkaya di dunia disandang oleh pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion).

Warren Buffet pula kekal di tangga kedua carta.

Pengasa e-dagang Amazon, Jeff Bezos pula berada di tangga ketiga carta.

Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat kepada 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi dengan nilai kekayaan meningkat 18 peratus kepada AS$7.67 trilion (RM33.95 trilion). Malah, perubahan dalam jumlah bilionair iaitu meningkat kepada 233 sejak senarai 2016 menjadikan catatan peningkatan terbesar dalam tempoh 31 tahun.

Berikut adalah senarai Top 10 Bilionair oleh Forbes 2017. (Tekan pada gambar untuk gambar penuh)

Sumber: Forbes.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut