BUKU FATTAH AMIN TERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
Buku penuh dengan kontroversi, hasil penulisan pelakon yang semakin melonjak baik, Fattah Amin yang berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin berjaya meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017. Ia disahkan sendiri oleh Fattah melalui posting terkini di Instagramnya. Yang lebih membanggakan, Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu merupakan artis pertama yang menerima anugerah di acara yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku.

Jelasnya, “semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. With you guys, you made my days easier and make me more positive in facing everything that comes my way.”
Melalui temubual Fattah bersama dengan media tempatan baru-baru ini, dia juga bakal menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris tidak lama lagi. Dan baru-baru ini, dia baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir hasil tulisan novelis terkenal Ezza Mysara itu merupakan hasil terjemahan Fattah berdasarkan lagu dengan judul yang sama. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Fattah Amin!

(Photo credit: Instragram @fattahaminz)

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN
Terokai 6 ikon global daripada Jacob Elordi ke Dua Lipa yang membuktikan buku adalah aksesori paling karismatik.











