CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING
Buat julung kali, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertama bersama jenama fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing untuk menampilkan koleksi aksesori teknologi terkini.
Berita baik buat peminat fesyen streetwear tempatan! Jenama aksesori teknologi global, CASETiFY terus mencipta sensasi dengan melancarkan kolaborasi istimewa bersama jenama fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing. Kolaborasi ini merupakan yang pertama antara CASETiFY dan fesyen berjenama dari Malaysia.
Jenama aksesori teknologi global ini menjadi kegemaran kelompok milenial, Gen Z dan barisan selebriti antarabangsa. Kolaborasi antara CASETiFY dan Pestle & Mortar Clothing atau juga dikenali sebagai PMC ini menampilkan koleksi kapsul yang menarik dalam mengekspresikan penghargaan urban serta menonjolkan budaya Asia Tenggara dalam keunikan tersendiri.
Peminat jenama pakaian streetwear ini sudah mengenali pendekatan PMC yang gemar bercerita dan mencetuskan perbualan menerusi setiap rekaan mereka. Dan koleksi baharu ini tidak terkecuali. Terdapat sesuatu untuk semua orang. Daripada rekaan ekspresif dan luar biasa sehingga pilihan yang lebih sederhana dan minimalis. Rekaan-rekaan ini boleh didapati di seluruh dunia untuk telefon pintar iPhone dan Samsung serta aksesori teknologi termasuk AirPods dan AirPods Pro, sarung iPad dan sarung komputer riba.
Kolaborasi ini akan menerokai rangkaian aksesori teknologi yang istimewa, daripada sarung telefon sehingga sarung komputer riba termasuk sarung AirPod. Ia menampilkan reka bentuk inspirasi buah-buahan tempatan Malaysia, fesyen kucing Pestle & Mortar Clothing, satu bentuk penghargaan kepada geografi Asia Tenggara dan banyak lagi.
- Lucky Airbrush Phone Case
- Y2K Chrome Phone Case
- Fruit Stickers Phone Case
- College Cat Phone Case
- S.E.A. Contour Phone Case
- PMC Strike Logo Phone Case
Aksesori teknologi:
- Sarung AirPods
- Sarung iPad
- Sarung komputer riba dan sarung MacBook
- Stand pengecasan 2-dalam-1 (untuk pasaran terpilih)
Kolaborasi yang pertama seumpamanya ini menampilkan cetakan dan reka bentuk ikonik yang bersatu menceritakan kisah unik sejarah 14 tahun Pestle & Mortar Clothing. Lebih daripada sekadar fesyen, kolaborasi ini adalah perwakilan budaya, warisan dan ekspresi diri, yang menunjukkan bahawa teknologi anda mewakili gaya peribadi anda.
Produk koleksi PMC x CASETiFY dijual pada harga bermula USD$39 hingga USD$121. Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di https://www.casetify.com/co-lab/pestlemortarclothing bermula 6 Jun 2024, 12PM (waktu Malaysia).
Bagi mereka yang berminat melihat koleksi ini secara langsung sebelum pembelian dalam talian, Pestle & Mortar Clothing akan mengadakan pameran di butik utama mereka di APW, Bangsar, Kuala Lumpur dari 6 hingga 30 Jun. Pengunjung boleh dapat melihat koleksi kapsul ini secara langsung; pakaian dan aksesori PMC serta memilih rekaan kegemaran mereka untuk dibeli secara dalam talian.
Baca lebih lanjut: JERSI BOLA SEPAK ‘1963’ KIT: KOLABORASI PERTAMA ASIA ANTARA SABAH FC, LOTTO DAN PESTLE & MORTAR CLOTHING
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SETIAP LELAKI MEMERLUKAN SISTEM SOKONGAN” – HUGH KOH #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema "Our Heroes" tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Hugh Koh sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang membina tapak kariernya sebagai pengasas bersama Pestle & Mortar Clothing dan Atlas Collectif yang ternama di Malaysia.
SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023
Jenama streetwear tempatan, SUPERSUNDAY mempersembahkan koleksi ‘The Runway’ yang turut sama memperkenalkan Raffiq Corbin sebagai Pengarah Kreatif Bersama baharu.
JERSI BOLA SEPAK ‘1963’ KIT: KOLABORASI PERTAMA ASIA ANTARA SABAH FC, LOTTO DAN PESTLE & MORTAR CLOTHING
Jenama gaya hidup tempatan, Pestle & Mortar Clothing mencipta sejarah dengan kerjasama antara Sabah FC dan Lotto untuk jersi bola sepak ‘1963’.
KOLABORASI CASETIFY DAN MARVEL UNTUK KOLEKSI AKSESORI GAJET SPIDER-MAN
Kerjasama francais adiwira ikonik, Marvel dan CASETiFY dalam menampilkan seleksi aksesori gajet dan telefon pintar eksklusif inspirasi Spider-Man dan Venom.
PESTLE & MORTAR CLOTHING BUKA STOR FLAGSHIP TERBAHARU DI APW BANGSAR
Label streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing terus menghangatkan latar fesyen Kuala Lumpur dengan pembukaan stor flagship terbaharu di APW Bangsar.